Sabtu, 30 Mac 2019

Demokrasi yang songsang, antara Mahkamah dan SPR-Suruhanjaya Pilihanraya


PrK Rantau bermula dengan kes terkilannya seorang calon kerana tidak dibenarkan masuk ke pusat pendaftaran atas arahan Pengurus Pegawai Pilihanraya yang dilantik oleh SPR sendiri.
Kes itu di bawa ke Mahkamah Perlembagaan (Mahkamah Tinggi) oleh calon secara saman. Dia keluarkan belanja dan peguam. Bukan SPR yang membawa ke Mahkmah.
Keputusannya pihak Mahkamah membenarkan bantahan yang dikira sebagai menafikan haknya untuk menjadi calon, walau pun alasan Pengurus Pilihanraya berkata.. dia tidak mematuhi SOP.. masuk dengan Pas Masuk yang dikeluarkan SPR. Ini ada Akta SPR tetapi tidak ada hukuman tertulis jika tidak mematuhinya. Keputusan bergantung dengan budibicara yang berkaitan.
Mahkamah Perlembagaan telah membatalkan pilihanraya itu. SPR tidak diberikan apa-apa arahan atau celaan atas perbuatannya tetapi caLon yang menang terhukum hilang sebagai ahli DUN.
Ini bukan perkara baru dalam sistem pilihanraya Malaysia salepas pilihanraya Umum, Akta SPR membenarkan yang terkilan membawa kes Mahkamah. SPR tidak melakukan apa-apa tranformasi atas beberapa kali berlaku perkara sedemikan untuk membetulkan sistem demokrasi yang menyimpang atas keputusan Mahkamah.
Adakah keputusan Mahkamah berdasarkan seolah-olah tidak berlaku pilihanraya dikawasan itu? atau diadakan pilihanraya semula? kerana kesalahan SPR? adalah satu pertanyaan
JIka seolah-olah tidak ada pilihanraya dikawasan itu, mungkin boleh diterima dimana membolehkan semua orang bertanding saperti berlaku pada Pilihanraya Umum dahulu. Tetapi jika pilihanraya semula, ini memberi pengertian lain. Maknanya tidak ada pencalonan baru jika diadakan pilihanraya semula. Calon orang yang sama.. Tidak memerlukan membayar apa-apa bayaran sapeti deposit, lebih merupakan pengundi diberikan kali kedua hak pengundi kepada yang calon yang sama termasuk calon yang terkilan itu dan ini 'adil'. .
Tetapi di PrK Cameron Highland dan Rantau, atas perintah mahkamah, pilihanraya semula.. tetapi orang lain boleh mendaftar menjadi calon.. Ini saya katakan Demokrasi songsang antara perintah Mahkamah dan SPR.. Isu perlu dijernihkan , SPR perlu meminda Aktanya.
Bandar Sri Permaisuri,
Mac 30, 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.