Khamis, 11 April 2019

Malayan Union dan kesannya hikmahnya.

Peristiwa Malayan Union berlaku pada tahun 1945, salepas perang dunia ke 2. Raja Melayu yang menandatangan Malayan Union semua sudah meninggal dunia.
Kenapa Raja Melayu menandatangan Malayan Union? Kerana kesemua Raja Melayu walau pun sudah ada Kerajaan Melayu beraja sebelum British datang.. Tetapi salepas British menjadi klonial di negeri Melayu, British campur tangan dalam perlantikan waris Raja. Ini berlaku  dibanyak negeri Melayu beraja.
Kemaraan penjajah British bermula dinegeri sebahagian Kedah, ia itu Pulau Pinang pada tahun 1771, Melaka pada 1790 dan Singapura pada tahun 1824. Dan kemudian pada tahun 1826, Kesemuan negeri itu dikenali sebagai "Negeri-negeri Selat" dengan Pulau Pinang menjadi ibu kotanya. Kemudian pada tahun 1832, ibu kotanya dipindahkan oleh British ke Singapura.
Apakah anda mahu lakukan, jika anda mengetahui sejarah bahawa anda berada disinggahsana sebagai Sultan dan Raja kerana dilantik atau susunan penjajah British?. Itu sebabnya Sultan Johore diburu awal menandatangan Malayan Union kerana Johor bukan sebuah negeri jajahan British. Malah sebuah negara yang diiktiraf kedaulatan dan kemerdekaan oleh Mahkamah di England.
Maka Malayan Union ada hikmahnya. Jika tidak Pulau Pinang mungkin akan dapat semula oleh Kedah satelah tamat pajakan saperti Hong Kong yang dipulangkan kepada China. Tetapi Melaka akan menjadi sebuah negara Antarabangsa sama saperti di Singapura. Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu mungkin kini dibawah pentadbiran negara Siam dan tidak ada sistem beraja lagi.
Jadi di mana negeri Melayu? hanya Perak Selangor, N.Sembilan, Pahang dan Johor. Jika Johor tidak mahu menyertainya Persekutuan Tanah Melayu hendak menjadi negara bertaraf antarabangsa saperti Brunei. Hanya empat negeri Melayu yang bergabung.. ia itu Kerajaan Melayu Bersekutu yang dibuat oleh British.
Kesimpulannya sejarah silam perlu dilihat dari skop yang lebih luas dan bukan dalam pendangan sempit. Malayan Union banyak hikmahnya jika kita sebagai rakyat Malaysia suka mengkaji..buruk dan baiknya.
Tetapi Malayan Union bentuk Malaysia Baru sedang berjalan dengan perancangan tanpa sedar. Jika orang Melayu tidak menyedarinya. Dia akan terperangkap yang akhirnya merugikannya diri sendiri dan bukan bangsanya.
Bandar Sri Permaisuri.
April 11, 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.