Khamis, 11 April 2019

Kesan Pindaan Perlembagaan Perkara 1 (2).


Dalam membahaskan pindaan Perlembagaan Perkara 1 (2) banyak di sebut isu pindaan 1976 yang meminda memasukkan Sabah dan Sarawak selari dengan negeri-negeri di Semenanjung.
Mereka tidak tahu apa semangatnya sebab berlaku terjadinya pindaan itu salepas kematian Tun Razak Hussein.
Pada tahun 1975, Tun Mustapha Dato Harun telah di kesan cuba keluarkan Sabah dari Malaysia. Dan beliau boleh melakukannya tanpa kelulusan Parlimen kerana Sabah adalah sebuah negeri yang bergabung dengan Malaysia dan Sabah satu wilayah Merdeka.
Dan keduanya ialah tuntutan Philipine terhadap Sabah. Berdasarkan undang-undang Antara Bangsa, kemungkinan Philipine boleh membawa kes itu ke Mahkamah ICJ dan Philipine menang kerana sebab British tidak ada hak untuk menyerahkan Sabah kepada Malaya dan membentuk Malaysia. Kerana tertulis dalam artikel Perkara 1 (2) Sabah adalah satu negeri yang bersekutu dan bukan sebuah Negeri dalam Persekutuan Malaysia.
Kesimpulannya pindaan Perlembagaan ini akan mendedahkan Sabah akan dituntut semula oleh Philipine. Kerajaan Philipine tidak pernah menurunkan tandatangan dengan Malaysia tidak menuntut Sabah.. hanya cakap politik.
Begitu juga Sarawak terdedah kepada persempadan semula dengan Indonesia. Kerana Indonesia telah beberapa kali secara diplomatik meminta persempadan Sarawak dan Indonesia dikaji semula.
Bandar Sri Permaisuri.
April 9. 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.