Ahad, 14 April 2019

PH kalah tidak berubah kerajaan, ayat menyedap hati.


Ada masanya saya agak tergelak juga baca komen yang ayat macam ini.. 'BN menang pun.. Kerajaan PH NS tidak bertukar'.Jika berpolitik dengan ilmu setakat buku lali, itu sahaja yang dia mampu cakap dan menulis menyedapkan hati.

Saya gelak kerana masa berkempen, tidak ada satu orang dari calon sampai pembesar PH termasuk Anwar Ibrahim untuk memberi ceramah dengan ayat yang begitu.. 'PH-PKR bertanding di Rantau.. JIka kalah, Kerajaan PH di NS tidak bertukar'
Kesimpulan apa bodohnya puak2 ini pergi berkempen dan membawa segala kekuatan ke PrK Rantau? Jika Kerajaan PH-NS tidak terjejas. Tak payahlah bertanding. BN bertanding pun bukannya nak menang bagi menukar Kerajaan.
Mungkin mereka belajar dengan DYMM Dr Mahathir Mohemad akan komsep demokrasi. Apa pun kekalahan PH-PKR akan menyebabkan para pedagang luar negeri memikirkan semula untuk dua tiga tahun lagi, kayu pengukur Kerajaan PH ada kekuatan atau tidak dan 'kestabilan' politik.
Mereka mahu tahu.. adakah Kerajaan PH boleh menang bagi penggal kedua. Mereka takut dan bimbang.. Jika bertukar Polisi kerajaan baru berlainan dan kerana itu membuat mereka berhati-hati perdagangannya dengan Malaysia.
Kerajaan PH telah melakukannya yang mana menukar berbagai syarat, membatalkan projek dan menurunkan harga tender dn sebagainya kepada pedagang dari luar negeri.
Ombak atau kebangkitan Melayu dalam tiga PrK menolak Kerajaan PH yang di dominasi oleh DAP membimbangkan mereka. Kemenangan PH di empat PrK dalam masa 100 hari sudah tinggal catatan sejarah.
Maka kesannya memakan masa. Empat tahun bukan lama. Selagi DAP dilihat menguasai keadaan dan pemerintahan. Penentangan Melayu, akan berterusan. Orang Melayu tidak membiarkan kecuali orang Melayu yang dalam hati dan sikapnya sudah hilang kemelayuannya.
Bandar Sri Permaisuri
April 14, 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.