Selasa, 16 April 2019

ECRL di mana kontraktor Melayu.


Di dalam media sosal perbincangan isu ECRL hanya tertumpu kepada isu peralihan laluan sahaja.
Dalan dunia industri pembinaan harga syilling setiap pembinaan tidak akan berubah kerana itu harga diterima oleh Kerajaan.
Isu yang wajar dibincangkan dan dijadikan isu ialah kepentingan 40% kuota syarikat kontraktor Melayu, bagaimana agihannya?
Dalam industri pembinaan MRT dan juga ECRL, semua yang terlibat maklum akan bagaimana kontraktor utama adalah penentu membuat keputusan kepada syarikt mana yang akan di award kan tender.
Jika Kerajaan Pentadbiran BN. bukan lagi rahasia.. kebanyakkan tender atau sub projek telah di cop oleh berapa syarikat yang dekat dengan pihak berkuasa termasuk syarikat-syarikat dari Istana.
Maka hari ini, perkara amalan dahulu patutnya di berhentikan. Persoalannya pula siapakah yang mengendalikan penawaran tender di projek ECRL?
Jika masih lagi di bawah kuasa CCC. Maknanya Kerajaan PH meneruskan budaya BN.
Kerana ECRL sudah Jv dengan MRL.. wajarlah semua tender di projek ECRL dilakukkan olehnya dan pihak lain memantau.
Jangan sampai Kontraktor Melayu masuk angin keluar asap dalam projek ECRL.
Bandar Sri Permaisuri
April 16, 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.