Selasa, 23 April 2019

Setiausaha Politik tidak boleh menjalankan tugas Menteri.


Bagaimana jawatan Setiausaha Politik ini wujud. Jawatan ini tidak ada dalam Perlembagaan asal. Diwujudkan jawatan ini sama dengan wujudnya jawatan Setiausaha Parlimen.
Sebabnya wujud jawatan ini salepas PrU 1964 ialah masa itu jumlah Menteri sedikit sahaja tetapi mempunyai tugas yang banyak.
Maka Menteri meminta di adakan jawatan Setiausaha Parlimen bagi membantu tugas dan urusan Parlimen. Dan masa Tunku Abd Rahman mengwujudkan Jawatankuasa Kementerian yang ahlinya kedua pihak. Kerajaan dan Pembangkang. Maka Setiausaha Parlimen menjadi Setiausaha Jawatankuasa itu.
Disebabkan sebilangan besar Menteri bertugas di Kuala Lumpur. Maka jarang berada dalam kawasan pilihanraya. Maka diwujudkan pula jawatan Setiausaha Politik. Kedua jawatan ini dilantik oleh Perdana Menteri. Kebiasaan Setiausaha Politik di namakan oleh Menteri dan orang yang dilantik terdiri dari orang dalam kawasan pilihanrayanya.
Tetapi hari ini Setiausaha Politik sudah di kira saperti sama dengan seorang Menteri kerana Perlembagaan mengatakan Setiausaha Politik adalah seorang anggota pentadbiran awam.
Sabenarnya Setiausaha Politik tidak mempunyai apa kuasa. Tugas SOP yang ditentukan oleh Perdana Menteri sangat jelas. Ia itu tidak mencampuri urusan pentadbiran saperti buat arahan kepada pegawai Kerajaan. Memutuskan apa perkara dasar dan juga mempengerusikan mesyuarat soal-soal tender.
Tetapi apa yang berlaku di Kementerian Kewangan?.. Tony Phua sudah saperti seorang Menteri, membuat arahan dan keputusan.. Bersambung dlm Rencana Tony Phua Menteri Kedua di Kemterian Kewangan. Mahathir hilang kawalan.
Bandar Sri Permaisuri.
April 23.2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.