Rabu, 24 April 2019

Sebab pindaan Perlembagaan 1976 - Perkara 1(2)


Masa membentangkan usul Pindaan Perlembagaan Tahun 1976 oleh Hussein Onn, tak akan nak ceritakan satu perkara pokok isu masa itu. Pertama sejak Kemerdekaan Bangladesh yang dahulu dikenali Pakistan Barat dan Pakistan Timur melalui perang perpisahan. Kuala Lumpur menukar penjanamaan semula yang dahulu bernama Malaysia Barat dan Malaysia Timur kepada Semananjung, Sabah dan Serawak,
Pada tahun 1973 pihak perisikan di Kuala Lumpur telah dapat mengesan akan satu gerakan perpisahan yang dilakukan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun, Ketua Menteri Sabah. Tun Razak Hussein membuat pendekatan secara diplomasi melantik Tun Datu Mustapha Datu Harun selaku Menteri Pertahanan, dengan Harapan Tun Mustapha akan mengosongkan jawatan Ketua Menteri Sabah dan dengan sendiri tidak akan dapat melaksanakan cita-citanya untuk beliau menjadikan Sabah sebagai sebuah negara Merdeka.
Bagaimana Tun Mustapha Datu Harun tidak mengangkat sumpah jawatan Menteri. Berlanjutan kepada tahun 1975 datang pula kes Datuk Harun Idris. Dan kedua isu ini memberi kesan kepada Tun Razak Hussein yang masa itu sudah pun sakit leukimia tetapi tidak mendedahkannya.
Tun Razak Hussein meninggal awal tahun 1976. Mungkin masa hayat memberi dua tugas kepada Tun Hussein Onn.. menyelesakan isu Sabah dan Dato Harun Idris. Kerja sekerat yang telah dilakukan oleh Tun Razak Hussein ialah menuver kawan-kawan rapat Tun Datu Mustapha Harun dengan menubuhkan Parti Berjaya Julai 15, 1975.
Antara sebab pindaan itu di perbuat sebulan salepas kematian Tun Mohd Fuad Stephen Presiden Parti Berjaya masa itu Ketua Menteri Sabah yang telah berjaya menumbangkan Kerajaan Perikatan Sabah (USNO) dalam nahas Kapal Terbang ialah faktor Kuala Lumpur bimbang hilang kawalan kepada Tun Mustapha Harun yang akan meneruskan tindakan mengeluarkan Sabah dari Malaysia.
Dengan menjadikan Sabah dan Serawak sebaris dengan nama negeri dalam Semananjung.. Jika Tun Datu Mustapha Harun melakukan dengan pengistiharan Sabah keluar dari Malaysia dan menjadi sebuah negara Merdeka.. Tindakan itu tidak sah daripada undang-undang dan Perlembagaan.
Maka penulis rencana ini Zharif Badrul bacalah sejarah yang tersirat dan bukan sahaja hujjah yang tersurat.
Bandar Sri Permaisuri
April 24, 201

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.