Ahad, 2 Oktober 2016

MyKmu dan dedak2nya.


Antara ilmu politik yang dipelajari dalam bidang komunikasi politik ialah pembelajaran 'penyebab krisis'. UMNO sekarang menjadi parah kerana disebabkan oleh persepsi. Antara penyumbang persepsi yang menyebabkan UMNO rosak sekarang ialah yang ditulis oleh dua sumber satu dari portal MyKmu atau saya panggil MyKemut (milik penuh PMO) dan cybertrooper JASA (milik penuh pemikir) mereka mempayung tidaklah sampai ribuan tetapi puluhan ayam kampong yang diberikan dedak.. Jika ayam laga.. yang dibawa ke gelanggang sabung.. Tak kan cara menulis begitu.

Berapa hari ini saya mengumpan mereka masuk.. dan mereka dengan lahapnya memakan umpan saya.. Saya amat sukacita kerana umpan saya di makan oleh pelahab dedak ini. Saya memerlukan bukti dan fakta dalam tuduhan saya.
Mereka ini tidak mengenal musuh.. musuh kepada mereka yang menulis atau memberi komen kepada pemberi dedaknya dan organisasi yang mereka berpayung dan pemberi stok dedak.. Mereka akan menyerang tanpa membuat kajian forensik.. jauh sekali untuk membuat DNA. Maka sesiapa yang menyerang pertama konunnya boss dia nombor 1.. ia itu Najib Razak dan kedua sumber mana yang bagi dedak. Akan diserang disemua penjuru.
Jika mereka tahu saya.. dan membaca secara forensik dan buat kajian DNA.. Saya jelas seorang penyokong UMNO yang tegar dan membela pemimpin saya. Tetapi apa yang saya tulis dia membaca saperti sebelah keping duit siling tanpa melihat keduanya keping.

Penyerangan itu banyak kepada 'Character assassination' dan 100% adalah fitnah dan diadakan.. Inikah cara berperang mereka?.. Maka secara nyata bahawa kedua portal dan orang yang menulis dalam dua platform memang sah sebagai pembawa fitnah.. Jika orang UMNO saperti saya pun tak membaca tulisannya.. Adakah anda fikir semua pembaca khasnya yang punya pendidikan akan membaca dan berubah hati atau kata budak sekarang beralih arah akan menyokong UMNO. Jawabnya pastinya tidak.. malah akan terus menjauhkan diri dan melibatkan politik ke parti lain  selain UMNO>
Sempena Maal Hijrah berubah kamu semua.. berhentilah makan dedak yang ditaburkan.. belajarlah realiti.. Bekerja membetulkan persepsi.. Persetankankan semua tulisan yang tidak ada kaitan dengan kamu.. Jangan jadi peguambela dan peguamcara macam peguam mati stem yang tidak pernah ke Mahkamah.
Sebagai contuhnya. Berapa follower mereka selain friend dalam facebook mereka? Bagaimana mereka menulis dalam keadaan mereka sendiri tidak mempunyai pembaca dan hanya syuk sendiri. Begitu juga JASA dengan berbagai program yang tidak berprofesional dan dihadiri oleh mereka dikalangan UMNO sahaja.. dia sama dia.. Bagaimana berkesan 'pesan' untuk disampaikan.
Berhenti semua makan dedak.. sebab dedak tidak menyehatkan badan malah merosakan otak. Berfikir luas dan keluar dari gua. Jangan jadi katak dalam kaca, boleh melihat diluar tetapi tak boleh keluar dari mangkok kaca.
Salam Maal Hijrah.. Dengan Allah kita minta pertunjuk dan jalan yang lurus.
Bandar Sri PermaisuriOktober 2, 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.