Isnin, 3 Oktober 2016

Domino Teori-Cara baru Komunis menguasai Malaysia




Saya berada dalam zaman ancaman komunis samada fahaman dan pengganasnya pada tahun 70an dan pernah berkerja untuk seketika dengan Menteri yang menjaga keselamatan dalam negeri termasuk ancaman komunis.Sebagai budak opis boy dan menjaga pejabat Menteri, adalah satu perkara biasa bagi budak pejabat mengambil dan menghantar fail yang tidak kira klasnya dari rahasia besar warna merah berpalang..kuning berpalang ia itu rahasia dan hijau yang berstatus sulit. Semuanya akan melalui penyemakan trafiknya oleh opis boy.
Kebiasaan sebelum masuk ke bilik kebal dan diserahkan kepada pegawai kerani bilik kebal. Seorang opis akan membaca nota-nota minit yang tertulis.. dimana tercatit minit yang di tulis.. tak kira siapa tetapi yang ada urusan dengan fail itu.Sebelum fail itu di simpan.. ada masanya tersadai di meja opis boy untuk beberapa jam. Begitu surat surat yang di failkan.. Jika tidak ada tulisan atau klip Tindakan Serta Merta atau Segera. Surat itu masih di simpan oleh opis boy untuk dimasukan kedalam fail yang ada kaitan.
Maka sementara nak masuk dalam fail itu.. apa sahaja laporan kena dibaca. Maka banyaklah ilmu yang aku dapat. Bertambah pula aku suka membaca. Dari laporan pegawai-pegawai keselamatan dari semua agensi menambahkan ilmuku.Masa komunis mengancam dan dikira sampai ketahap boleh menyebabkan pemberontakan pengganas komunis di Tanah Melayu satelah kekalahan VietNam Selatan di tangan pihak Viet Cong dari VietNam Utara.. Pejabat Menteri bertali arus pegawai-pegawai kanan Kerajaan bermesyuarat dengan Menteri dan Menteri yang berkaitan. Dan kadang-kadang sampai jauh Malam.
Begitu para Menteri dan Pegawai Kanan kerajaan berkerja dizaman itu. Maka soal Teori Domino yang maksudnya runtuh satu, kemudian yang lain ikut sama runtuh, sangatlah dibimbang oleh Menteri dan Kerajaan masa itu. Bagaimana hendak menghadapi semangat rakyat dalam menghadapi kemungkinan teori itu..
Ini sebahagian ingatan saya dalam satu perbincangan pegawai kanan dengan Menteri. Dimana saya ikut hadir kerana opis boy yang membuat dua kerja.. Cari Fail oleh pegawai yang hadir dan menuangkan kopi dan makanan ringan lain kepada ahli Mesyuarat.
Menteri King Ghaz sezaman Tunku Abd Rahman.. dan terlalu anti komunis yang dilihat sebagai bukan sahaja satu fahaman idelogi yang bertentangan dengan UMNO atau Kerajaan tetapi berlaku perang dingin antara barat dan timur. China yang mengamalkan pemerintahan komunis merasakan bahawa dia hendak mengantikan Jepun sebagai kuasa disebelah Timor dengan cara mencari pengaruh dan jika boleh menalok mana-mana negara yang dilihat sebagai satelit barat.
King Ghaz terlalu bimbang masa itu ialah isu mencinakan orang Melayu. Sehingga pernah menyarankan tarian naga. Diubah kepada tarian harimau, kerana naga tidak pernah dilihat orang dan hanya satu ilusi yang berasal dari China dan cukup sinonim dengan China. Dan Naga bukan binatang penyalamat tetapi binatang penguasa, maksudnya akan bertindak melawan siapa yang melawan.Pernah dia berkata. Komunis boleh berbagai rupa. Dia boleh menjadi kaya dan memilik tanah macam orang feudal.. contuhnya di Soviet Russia. Akhirnya USSR@United State Soviet Russia berpecah disebabkan jurang yang kaya dan miskin agak ketara dan kemarahan kepada orang yang kaya yang bersikap kapitalis dalam negara komunis, satelah 25 tahun diucapkan oleh King Ghaz.
Begitu juga dengan Komunis China.. Mereka mungkin akan berubah caranya menyibarkan ideologinya. Kita kena waspada, tambahnya kerana orang China punya budaya ribuan tahun. Kena belajar bagaimana pemikiran orang China. Jangan lupa dengan diplomasi China masa wujud Empayar Melaka. Kerana kepentingan laluan Selat Melaka, apa dia lakukan? Dirasuahnya Sultan Melaka dengan mengawinkan puterinya. Walau pun kemudian China tidak menyerang Melaka sebagai jajajahannya tetapi Melaka adalah pintu masuk orang-orang Cina ketanah melayu.
King Ghaz juga mengingatkan akan sejarah melayu dan sejarah Iskandar Dzulkarnain yang hendak menyerang China.. Bagaimana Kerajaan China memintas awal armada Iskandar Dzulkarnain dengan menghantar kapal yang lama dan rosak.. dengan kelasi orang-orang tua, menanam pokok besar dalam kapal. Kapal ini yang ditemui ditengah laut oleh IskandarDzulkarnain dimana salah seorangnya menjawab bila ditanya mana arahnya negara China? ‘kami dulu belajar dalam usia belasan tahun, kini kami sudah tua..gigi pun banyak tercabut. Pokok ini asalnya benih sahaja.. tengoklah berapa besar sekarang, kapal ini baru dibuat tetapi sekarang cukup uzur dan pakunya sudah berkarat dan rapoh” Akhirnya armada Iskandar Dzulkarnian saperti yang diceritakan dalam sejarah melayu.. ratusan kapal dan ribuan askarnya untuk menyerang China berpatah balik.
Hari ini China masih hendak menguasai mana-mana negara kecil. Kemunculan di Laut China Selatan dalam isu Pulau2 Spratly adalah pertanda perancangan strategiknya. Apakah maksud Deng Xiao Peng dalam percakapan dia yang paling popular ia itu tak kiralah Kucing itu hitam atau putih.. asalnya dia boleh menangkap tikus?. Maksud politik buatlah apa cara sekalipun saperti yang dilakukan untuk menguasai negeri dan menjaga kepentingan rakyat China seberang laut oleh Kerajaan China sekarang dengan menghantar armada-armada perniagaan di Malaysia.
King Ghaz ada menyebut disuatu masa.. bahawa bagaimana Jepun hendak menakluk Tanah Melayu dan rantau Asia Tenggara? Bermula dengan membuat perniagaan di kampong-kampong dengan menjual barang murah-murah sehingga orang kampong amat menyukai Jepun. Akhirnya askar-askar Jepun dengan mudah menyerang Malaya dan kenal pasti segala jalan dan orang yang menjadi musuhnya.
Dari itu teori domino dalam bentuk baru sekarang yang tidak disedari oleh Kerajaan Malaysia, bahawa dengan dasar perniagaan Malaysia dan dasar luar Malaysia terhadap China.. kebanjiran projek-projek besar kerajaan saperti membuat MRT dan LRT.. Lebuh Raya dan penguasaan IPP saperti Endra adalah satu ancaman keselamatan kepada kepentingan orang Melayu dan tidak kepada kaum lain.
Jika pembuat dasar tidak mempunya satu pemikiran untuk mengkaji akan kemungkinan ini. Orang Melayu akan terdedah kepada ancaman dalam masa 20 tahun yang akan datang. Maka jika berlaku orang Melayu menjadi spesis saperti barangan pelancongan masa depan.. kesalahan terletak kepada bukan sahaja kepada Najib Razak tetapi kepada UMNO itu sendiri.Teori Domino dalam proses awal. Jika orang-orang politik Melayu tidak mengambil kira perancangan strategic oleh China saperti apa yang dituangkan oleh Sun Tzu dalam ilmu berperangnya. Jangan salahkan orang lain.
Bandar Sri Permaisuri
Oktober 3, 2016Jam 
10.30 pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.