Di zaman saya berkerja sebagai penjawat awam dulu.. semua perlantikan jawatan khasnya ke jawatan strategik dan bertugas di jabatan penuh rahasia khasnya pejabat Menteri.. memerlukan tapisan keselamatan yang ketat oleh pihak Jabatan Keselamatan Kerajaan yang biasanya merujuk dengan pihak Polis.
Maka sesiapa yang bertugas di Jabatan Strategik dan juga pejabat Menteri. sudah pasti melepasi tapisan itu dan telah membuat akuan bersumpah menyimpan rahasia.
Tetapi hari ini saya nampak khasnya pegawai di pejabat Menteri termasuk Tim Menteri main suka sahaja melantik.. dan setengah di bayar oleh agensi Kementerian tetapi berkerja di Pejabat Menteri.
Masa dulu-dulu jika berkerja di pejabat Menteri.. keduanya akan ditapis dan siasat latar belakangnya, ia itu jika si isteri berkerja dengan pejabat Menteri.. si suami kena dilaporkan juga apa kerja dan pendapatannya termasuk asset atau hartanya. begitu juga sebaliknya.
Maka bila serangan berlaku kepada pegawai perempuan Pejabat Menteri dan ada pegawai bukan sahaja dilihat tetapi nampak dengan nyata kehidupan harian luar pendapatan dan kemampuan. Di rasakan menyalah gunakan kududukannya dan dia sendri terlibat membantu kroni dalam kontrak dan tender dalam Kementerian.
Jika di bangkitkan akan Menteri punya pegawai perempuan sedemikian dimana dalam media sosialnya menunjukan kemewahannya termasuk percutian luar negeri dengan penerbangan bisnes clas dan membeli belah dan juga menunjuk beg jenama mewah yang harga tidak kurang RM30k. Mereka akan menjawab.. suaminya orang bisnes.
Kesimpulannya jika untuk menghalalkan terima rasuah dan salahguna kuasa.. pegawai wanita itu akan menjawab "suami saya orang bisnes". walhal kita tahu latar belakang suaminya dahulu hanya 'orang sepak kertas' dikaki lima. Dan hidup berubah sejak berkerja dengan Menteri.
Teringat masa zaman saya dulu.. jam seiko yang harga RM150.00 kena dimasukan harta yang saya ada dalam borang harta.. Kerana boss saya kata.. Jika BPR@sekarang SPRM menyerbu rumah atau menangkap saya, mana2 ada barang dalam rumah tidak dalam pengistiharan harta dan apa yang saya pakai masa itu akan di rampas.
Nasihat saya kepada para Menteri.. jika boleh elakkan, jangan melantik pegawai perempuan yang bersuami orang bisnes.. kecuali dia telah mengisi borang pengistiharan pendapatan dan harta.
Sang Kelembai: Gelak sahaja saya, bila ada seorang menjawab isu sus perempuan seorang Menteri. mengatakan dia memang kaya.. sebab suami orang bisnes. Saya jawab balik..Jika dah kaya buat apa si isteri disuruh berkerja. Buat sahaja kerja 3M di rumah- Masak, Membasuh dan Mengangkang
Bandar Sri Permaisuri
August 20, 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.