Rabu, 27 Julai 2016

IMDB bukan wang rakyat. MRT wang dari langit mana pula?


Saya bersetuju dengan PM Najib Razak dalam isu IMDB di Amerika yang mana telah di 'joli' kan oleh dua rakan karib ia itu Jho Low dan Riza Aziz, dimana berbillion RM bertukar menjadi aparment mewah, jet peribadi, lukisan dan juga filem.. Itu semua bukan wang rakyat. Itu wang 'hadiah' (pinjam ayat Riza Aziz).

Mungkin wang itu hadiah dari beberapa syarikat IPP yang dibeli oleh IMDB dimana pada tahun 2011 dipertikaian harganya yang cukup tinggi dari nilai pasaran termasuk Edra dan kamudian di jual balik oleh IMDB. Maknanya wang dikatakan dicuri dari IMDB itu.. wang orang berniaga.. jual beli dan komision termasuk urus niaga dengan syarikat Petrol Saudi.
Dalam masa yang sama Kerajaan memberikan tender yang nilai tidak kurang RM30B (baca dengan ayat mudah Tiga Ribu Juta) kepada GAMUDA dan MMC sebagai perunding projek bagi menjayakan impian Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Isu dimana? ialah Gamuda hanya sebuah syarikat perunding bagi Projek MRT, Tugas asasnya menyelaras dan memudahkan perancangan pembinaannya. Sebaliknya yang berlaku ialah Gamuda sendiri menjadi kontrektor dan melantik perunding (baca Gamuda sendiri melantik sendiri perunding tanpa minta kelulusan dari MoF@Kementerian Kewangan, pihak berkuasa yang mengawal kewangan projek MRT. sehingga boleh dikira dengan jari berapa perunding melayu/bumiputra)
Salepas Gamuda menguasasi Projek MRT saperti projek pengswastaan dimana dia mengeluarkan duit. Dia juga berkuasa untuk menyenaraikan tender atau kontrek untuk kelulusan berdasarkan arahan, Satu atas kehendaknya dan Kedua kehendak orang yang berkuasa di MoF.
Gamuda menggunakan kaedah penilaian kontrek yang mudah. 1... Dari segi teknikal dan pengalaman dalam perkara kerja.. itu akan mendapat markah 60%. 2. ialah soal harga. Adakah sesuai dan wajar dalam kerja kontrek itu akan mendapat markah 35% dan ke 3 ialah tempatan ia itu penyertaan syarikat tempatan dan melayu/bumiputra hanya 5%.
Maka yang 5% itu dimana asas teras dasar UMNO dan Kerajaan penyertaan orang Melayu tidak perlu dalam projek MRT yang diuruskan oleh Gamuda.. Maka disini kita kena bertanya dengan Najib Razak selaku Menter Kewangan .. dimana jeritan kamu 'Hidup Melayu'.Jika kamu lepas tangan sahaja dalam soal kepentingan orang Melayu kepada Gamuda?
Dan yang berlaku sekarang berapa tender harganya lebih tingggi dari harga silingnya. yang harga tender murah ditolak. Dan yang paling pelik kerja-kerja berimpak tinggi ditawarakan kepada syarikat tersenarai saperti Goorge Kent dan Sapura Kencana.. Kedua syairkat ini jika dikaji nilai saham awam Melayu hanya bawah 20%. kecuali pengurusan.
Isu 'Skandal MRT' ini perlu diberhentikan.. satelah Gamuda bermaharaja lela dalam projel line 1.. Sekarang nak masuk projek line 2.. Adakah Majlis Ekonomi Bumiputra' yang dibanggakan oleh kawan saya Norizan Bin Sharifsedar perkara ini.?
Isu skandal MRT lebih besar jumlahnya dari wang skandal IMDB.. Kepada saya isu Us-DoJ ialah soal untuk melarikan isu akan kerugian dan beban hutang IMDB.. sekarang semua orang focus kepada isu DoJ hingga terlupa hutang IMDB.. apa keadaannya sekarang?
Kementerian Kewangan mesti kembali menjadi pengawal kewangan dan projek ini. Jika kementerian kewangan berkata, bahawa bahawa projek MRT mof tidak berkuasa.. Maka kita kena bertanya.. Wang dari langit mana turunnya pula sehingga Gamuda joli sakan duit itu.. membagi projek kepada syarikat yang tidak pernah ada kaitan dengan pembinaan MRT. sehingga syarikat buat meter air pun diberikan projek hampir RM1.5Bilion. Semata-mata Chairman Syarikat kawan baik dan rakan golf dan rakan securut dengan PM Najib Razak. Maka kita perlu bertanya adakah MRT menggunakan kuasa air atau minyak dan gas? sebab Goorge Kent dikenali hanya buat meter air. Juga mungkin MRT akan menggunakan kuasa minyak atau gas kerana sebab itu diberikan kepada Sapura.


Sang Kelembai: Hari demi hari..kita@pemerintah melakukan kesalahan berulang. Pemimpin yang buat salah.. rakyat kena tanggung. Ahli UMNO kena jawab.. Adilkah ini?

Bandar Sri Permaisuri
Julai 27.2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.