Apa itu Keris
Waktu saya pergi kurus Keris 2314 setahun yang lalu.. saya mendengar apa tafsiran pihak penganjur terhadap hubungan keris dan manusia Melayu, pada saya ada kekurangan penjelasan pihak Biro Latihan UMNO ia itu pengendali kursus itu, biar saya jelaskan untuk pemahaman semua akan hubungan Keris dengan Melayu.
Keris mendapat namanya dari Jawa. dan berasal dari perkataan Ke dan Ris.. Dalam bahasa jawa 'Ke' berasal dari perkataan asal 'kekeran' dan Ris dari perkataan 'Aris'.. Keheran dalam terjemah mudah dalam bahasa Melayu ialah Pagar yang menjadikan penghalang-peringatan-pengendalian dan Aris mempunya arti tenang-mantap-halus.
Bagi mereka yang mempunya keris ditangan atau dipingang mesti mempunya kebolehan mengandalikan diri untuk tidak menggunakan keris kepunyaan jika tidak dalam keadaan terpaksa. Disini ujian kepada mereka yang memiliki keris yang harus memikirkan untung dan ruginya menggunakan keris dalam keadaan dalam terpaksa atau tidak. Sebabnya walaupun keris itu mempunyai nilai yang tinggi, masih dikira lebih tinggi nilai manusia yang terkena akibat dari keris.
Bangsa Melayu nusantara keris adalah budayanya.. dan Keris adalah bukan sahaja sebagai senjata tetapi yang dapat mengubah karakter manusia dan Keris juga mampu memperbaik karakter manusia kerana saperti mana yang dinyatakan diatas tadi akan ciri manusia yang menjadi pemilik Keris.
Maka perlulah kita menengok kembali apakah fungsi Keris yang berkaitan dengan sikap manusia pemiliknya.
Pertama, adalah orang yang memahami kegunaan Keris dan terutama yang punya Keris samada disimpan atau dipakai dalam majlis kebudayaan dan adat akan terasa pada dirinya pengaruh positif dan akan menambah kewibawaannya, tambah daya tariknya dan akan menarik perhatian dalam pergaulannya, tambah bijaksana, tambah keberaniannya dan bertambah kebijaksanaannya.. Cuba kita fikirkan bila Raja dan Sultan tidak berkeris dalam masa pertabalannya atau majlis rasminya.. tentu ciri2 yang diatas tidak ada.. dan begitu juga bila majlis perkahwinan tidak berkeris..apakah perbezaannya pengantin yang berbaju budaya melayu dan berkeris dengan yang berpakai barat?
Kedua, adalah keris sebagai penaik semangat dan menjauhkan dari pengaruh negatif atau kurang berani. Maka pemakaian Keris atau memilikinya pemiliknya merasa dirinya dilindungi oleh semangat Keris dan jarang pemilik Keris punya sifat iri dan dengki kepada orang lain, Keris juga dipercayai boleh menolak sebarang perbuatan sihir jika pemilik ada menyimpan Keris di rumah dan dahulunya selalu disisip dipinggang. Malah Keris juga telah membuktikn sesiapa yang memiliki Keris akan terhindar dari serangan binatang buas dan binatang berbisa. Ini boleh dilihat sejarah pejuang2 Melayu saperti Tok Gajah@Bahaman dan Mat Kilau yang berjalan didalam hutan yang masih penuh dengan binatang merbahaya dan berbisa. Malah Keris juga dikatakan jika dipakai akan menolak hama tanaman, menolak wabah penyakit, menolak badai, menolak bahaya api, dan menolak bahaya fisik,
Ketiga, adalah Keris berguna kepada pemiliknya membantu mencapai cita-cita tertentu yang dalam bahasa jawa disebut 'gegayuhan'.. Umpamanya, agar pemilik dikurniakan anak, agar tanamannya subur dan berbuah, agar mendapat keuntungan dalam perdagangan, agar nasihat dan petuanya didengar orang dan juga agar berhasil mempelajari ilmu tertentu.
Dan yang Keempat, ialah Keris adalah sebuah pengajaran atau pelajaran dan pesaka cerita dari asal nenek moyang pemilik asal keris..
Kesimpulannya Keris ini saperti orang yang mengatasi kelemahan penglihatan. Jika seorang menderita rabun dekat, maka ia harus mengenakan cermin mata berlensa positif. Tetapi jika dia menderita rabun jauh, cermin mata yang dikenakan harus berlensa negatif.
Maka itulah mengapa Keris boleh digunakan untuk meningkatkan keyakinan seseorang terhadap sesuatu saperti Kursus Keris 2314.
Oleh kerana itulah mengapa ahli-ahli UMNO kena menyertai Kursus KERIS 2314? Sama saperti Keris iaitu waktu tertentu perlu dilihat. Ertinya dilihat apakah sudah kotor atau dilihat dalam kerangka melihat diri sendiri. Tetapi berapa ramai yang memahami falasafah Keris yang digunakan dalam KERIS 2314 itu sendiri.. Itu sebab saya hanya berdiam akan terlalu bijakpandainya mereka yang menganjurkan Kursus KERIS 2314 itu tetapi tidak 'menerangkan' Falasafah Keris dalam perjuangan UMNO, dimana Keris sebagai lambang utama didalam Logo UMNO itu sendiri.
Memang disedari keperluan pemahaman yang rumit serta dalam akan perihal Keris, senjata dalam budaya Melayu.. Malah Sejarah Hang Tuah sendiri telah membuktikan bila dia bertarung dengan Taming Sari yang mempunya Keris yang membolehkan dia kuat dan hebat dan tidak terkalah, tetapi Keris miliknya juga membunuh dirinya sendiri dan Keris itu juga digunakan oleh Hang Jebat menderhaka kepada Sultan Melaka dan akhirnya Hang Tuah juga membunuh Hang Jebat dengan Keris itu..
Soal Keris Taming Sari ini adalah satu kisah moral dan teladan kepada anak cucu bangsa Melayu.. dan kini jika tidak berhati-hati Keris yang menjadi Lambang UMNO akan membunoh bangsa Melayu sendiri.
Bandar Sri Permaisuri
Mei 29. 2016.
Jam 4.30 pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.