Kenapa saya dengan tiba-tiba menarik sokongan kepada
PM Najib Razak, adakah disebabkan oleh sebab saya tidak tersenarai menerima
pingat atau anugerah bergelar Datuk sempena Hari Wilayah.. Jika itu andaian
yang diberikan mereka yang membuat komen status saya didalam facebook saya,
adalah satu kesilapan.
Itu sebab saya selalu minta dibaca secara betul apa
yang saya tulis. Saya menarik sokongan hanya kepada PM Najib Razak tetapi kekal
berada didalam UMNO, Ini adalah satu yang konsisten didalam apa yang saya
pernah tulis, jika kerana orang saya berada didalam UMNO, itu bukan saya. Saya
berada didalam UMNO kerana falasafah perjuangan UMNO itu demi kepentingan
Melayu.
Mungkin mereka yang berfikiran singkat akan mengatakan saya berkecil hati kerana soal pingat atau anugerah berdasarkan saya telah lama
berjuang dan menaburkan jasa didalam UMNO tetapi tidak diharga. Dan itu juga tidak tepat sama sekali tetapi memang ada kaitan fasal pingat dan serangan saya kepada PM Najib Razak.
Memang benar saya ada mengisi borang untuk pencalonan pingat atau anugerah sempena Hari Wilayah dan memilih dan menanda pingat PMW
atau Panglima Mahkota Wilayah dan penerimanya layak untuk mendapat gelaran
Datuk.
Bila saya mengisi borang itu. Saya telah melanggar
sumpah dan pegangan saya selama ini sebagai seorang kiri atau sosialis..
seorang sosialis tulin saya tidak boleh menerima pingat atau anugerah daripada
satu sistem yang saya tentang, walau pun saya seorang UMNO.
Masa saya berkuasa memegang jawatan Setiausaha UMNO
Bahagian, ahli-ahli UMNO di Bahagian Bandar Tun Razak mereka hairan, saya
memberikan sokongan kepada orang lain untuk beberapa pingat dan anugerah
termasuk Jaksa Pendamai tetapi saya sendiri tidak mencalonkan diri saya.
Jawabnya mudah, adalah satu yang tidak beretika atas jawatan itu, jika saya juga
mengambil kesempatan untuk kepentingan diri saya.
Akhirnya saya pun satelah bersara dari dua jawatan
penting sebagai Setiausahah UMNO Bahagian dan juga Setiausaha Penyelaras
Barisan Nasional di P 124 Bandar Tun Razak, saya mengisi borang pencalonan
untuk dua negeri ia itu Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.
Bagi Negeri Sembilan saya memang mencalonkan diri saya
untuk anugerah Darjah Datuk Paduka.. yang memang saya tahu tidak akan diterima
akal untuk saya akan dianugerahkan pingat itu, bila saya berjumpa dengan MB
Mohamad Hassan, beliau mengatakan bahawa pemberian itu bukan bidang
kuasanya sebaliknya antara Setiausaha Kerajaan Negeri dan Istana Besar.
Saya mengisi borang dan memang mengharapkan keputusan ditolak, kerana
sebagai rakyat raja yang tak seramai mana di Seri Menanti, saya tidak dikira sebagai tidak tahu adat.. kenapa sebagai orang lingkungan, saya menerima pingat dan
anugerah dari Kerajaan lain.. walhal saya mempunya hubungan dengan institusi beraja di Negeri Sembilan
sebagai orang lingkungan. Bila ditolak saya sudah dikira bukan penderhaka atau
melanggar adat. Lagi pun saya tidak
begitu berminat dengan Yamtuan sekarang dan kerabatnya. Tidak saperti hubungan
keluarga saya dengan Yamtuan sebelumnya
Almarhum Tunku Abd Rahman dan Tunku Munawir.
Berbalik kepada isu borang yang saya isi untuk Wilayah
Persekutuan yang dahulu Kuala Lumpur dalam negeri Selangor. Dimana saya
bersekolah di Kuala Lumpur di Sekolah Umum Gombak Lane yang sekarang bernama
Sekolah Kebangsaan Sultan Hishamuddin Alam Shah di tahun 1959 dan tidak pernah
meninggalkan Kuala Lumpur sejak tahun 1957 yang mana mengikut ibu saya berkerja
dengan kerabat diraja Negeri Sembilan .
Saya tidak mengharap dan tidak menjadi marah jika saya
tidak layak atas sebarang anugerah
pingat atau darjah kebesaran kerana semua itu tidak memberi makna dalam
kehidupan saya dan menyebabkan status akan menjadi berubah.
Persoalannya ialah mudah sahaja.. Borang itu
ditandatangan oleh Menteri Wilayah Persekutuan sendiri yang juga saperti abang
saya dan juga majikan saya sejak 30 tahun yang lalu.. dari gaji RM400.00 (RM:
empat ratus sahaja) sebulan sehingga sekarang RM5.000 (RM: Lima Ribu sahaja).
Bagi mengelakan Tengku Adnan Mansor di tuduh memberikan
saya pingat atau anugerah, saya dapatkan sokongan dari kawan saya juga yang
sekarang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Supaya pihak Kementerian Wilayah
Persekutuan khasnya pegawai-pegawai yang terdiri dari Ketua Setiausahanya tidak
memberikan tuduhan kepada Menteri yang saya kerana kroni Menteri, oleh itu saya usahakan dapat sokongan dari Perdana Menteri bagi menutup dari tuduh kerana kroni.
Tengku Adnan Mansor tahu sangat, bahawa saya pernah
hendak diberi pingat Ahli Mangku Negara@AMN oleh Almarhum Tok Mat@Mohamad
Rahmat yang masa itu Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1992. Saya menolaknya kerana masa itu Tengku Adnan Mansor
adalah majikan saya, sebalik pingat itu di tukarkan kepda Tengku Adnan Mansor
yang masa itu juga Bendahari Pemuda UMNO Malaysia dan beliau menolak kerana pingat rendah sangat padanya.. Maka saya minta Tok Mat berikan KMN kepadanya.. Itu sejarah pingat KMN
yang ada padanya.
Sebenarnya saya tidak melobi dan tidak pernah nak beri tahu orang dan juga
peringatkan kepada Tengku Adnan Mansor perihal borang itu yang saya hantar
sendiri kepada Ketua Setiausaha.
Kenapa saya marah dan serang PM Najib? Sebabnya ialah
satelah saya tidak mendapat apa-apa pengesahan dan sehingga pada Febuari 1,
2016. Saya dimaklumkan nama saya sudah dipotong oleh JPM@Jabatan Perdana
Menteri atas arahan sesaorang atas nama Perdana Menteri walau pun sudah ditapis
oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.
Maka jika Jabatan Perdana Menteri boleh membatalkan
atau memotong nama saya.. Dimana maruah seorang Perdana Menteri atau Menteri
Wilayah Persekutuan yang menandatanga surat resume dan sokongan pencalonan itu.
Disini yang saya soal? Bukankah yang menyokong Menteri
Wilayah Persekutuan dan di persetujui oleh surat dari Pejabat Perdana Menteri
yang ditandatangan oleh Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri atas nama
Perdana Menteri.
Sepatutnya jika ada sebab-sebab tertentu yang tidak
membolehkan saya tidak boleh menerima pingat atau anugerah, kemungkinan kerana
tidak bayar saman dbkl, trafik atau mempunyai record jenayah dan juga mungkin
muflis.. kena dimaklumkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, dan saya percaya
Tengku Adnan Mansor akan memberi tahu saya dan saya kena akur dengan seadanya.
Oleh itu, buat apa lagi saya hendak menyokong seorang
Perdana Menteri yang tidak punya kuasa dan surat sokongannya hanya layak untuk
dibuat kertas tandas bagi menyapu najis yang terlekat dibuntut, bila Pegawai
Kerajaan lebih berkuasa dari seorang Perdana Menteri dan Menteri..
Disini yang sebenarnya.. Saya hendak menjaga maruah
kedua mereka yang dipersendakan oleh seorang Pegawai Kerajaan yang bertanggung
jawab memberikan keputusan setuju atau tidak dengan tidak merujuk kepada
Menteri sebelum keputusan muktamad diperbuat, dimana borang pencalonan itu di
sokong oleh apa yang dipanggil Menteri Darjah.. pelik atau tidak?
Kepada saya penolakan pencalonan yang di sokong oleh
Menteri dan disokong oleh Perdana Menteri adalah satu penghinaan bukan kepada
saya tetapi kepada kedua mereka itu. Saya amat terkesan bila mengetahui bahawa
Pegawai Kerajaan lebih berkuasa memutuskan perkara. Kerana jika berlaku kepada
hanya borang pencalonan pingat dan anugerah.. bagaimana dengan tender?
Saya orang di kakilima.. ada pingat tidak ada pingat
semua sama.. Saya kena meneruskan kehidupan. Sekian Terima Kasih.
Bandar Sri Permaisuri
Febuari 2, 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.