Isnin, 17 Ogos 2015

BILA KITA TIDAK BERSYUKUR



Rakyat hendak semuanya.. hendak sekolah baru dibina.. hari ini dia beranak enam tahun akan datang Kerajaan kena merancang sekolah anaknya.. Kereta jem dan sesak di bandar dan jalan antara bandar, kerajaan kena merancang buat jejambat dan membesarkan jalan.. Rakyat hari ini kena kencing manis, sakit jantung, kanser.. kerajaan kena merancang buat hospital.. makna apa yang berlaku hari ini.. Kerajaan kena merancang untuk masa depan sekurang 10 tahun akan datang.. Mana nak cari duit?..
Hasil minyak sudah berkurangan dan harga sudah turun, walau pun kos carigali dua kali lipat dari dulu.. Harga komuniti.. dahulu orang pakai getah.. kerana getah mahal. mereka buat getah tiruan.. Harga kelapa sawit..dulu Malaysia pengeluar utamanya.. sekarang ada negara lain yang lebih besar ladangnya... Pendapatan negara kecil perbelanjaan besar.. Terutama membayar gaji dan pencen penjawat awam.. Tak wujudkan peluang pekerjaan dalam sektor awam.. orang Melayu tak berkerja. Maka mana nak cari hasil.. Cukai pendapatan, cukai kepala dan cukai yang lain2 termasuk cukai road tax dan sebagainya hanya cukup belanja mengurus sahaja..
Maka Kerajaan belajar dengan negara lain.. kenakan GST.. dahulu sebelum cukai ini banyak yang menipu.. belum lagi penguatkuasa yang mengutip cukai yang salahguna kuasa dan rasuah.. sekarang dengan GST mereka tak boleh menipu. Maka apa masalahnya kerajaan melaksanakan cukai GST.. bukankah manafaatnya kamu yang dapat... Maka kata John F Kennedy ada kebenarannya.. Jangan kamu tanya.. apa negara bagi kepada kamu, kamu tanya apa yang kamu bagi kepada negara.
Pekerja asing.. samada dari Indonesia.. di kampong halamannya di Jawa dan Sumatera.. tersergam banglo mereka yang asal wang dari Malaysia... Di Bangladesh.. beribu malah dah berjuta rakyat Bangladesh keluar dari kemiskinan kerana suami, anak dan adik beradik berkerja di Malaysia.. Di Nepal juga begitu.. Dan sekarang secara tidak langsung Malaysia telah membantu negara yang dahulu miskin dengan kemahiran.
Tetapi bagaimana di Malaysia? tolak bukan Melayu.. yang Melayu hendak berkerja di sektor binaan.. dianggap tidak sesuai kerana kena berpanas dan hujan. Bekerja di Kilang.. konunnya tidak menjanjikan masa depan.. Kerja dalam sektor perkhidmatan kerja pelayan tating dan menating memalukan.. rendah sangat kerja itu.. Maka semua kerja di bolot orang pekerja import.. Malah menjadi guard atau jaga pun akan menurunkan darjat.. Tanpa mereka sedar gaji2 mereka 40% di hantar kenegeri asal mereka bagi membantu keluarga mereka.
Ada atau tidak di suatu masa .. orang Melayu akan berfikir generasi anak cucu mereka juga akan mencari kerja di rantau orang... Saya tidak terperanjat 30 tahun yang akan datang dan atau lebih cepat dari itu..Orang Malaysia pula kena berkerja di luar negeri dan tak mungkin bekerja di Bangladesh, Cambodia dan Vietnam.
Negara-negara pengilang dari Amerika, Jepun. negara Kesatuan Eropa sekarang telah mula memindahkan kilang2 mereka di China.. South Amerika ke negara saperti Bangladesh, Cambodia dan Vietnam. Dan budaya yang di bawa oleh pengilang ini telah pernah di lalui oleh Malaysia.. Kita memperkenalkan FTZ@Free Trade Zone dengan berapa pengecualian cukai.. akhirnya cukup tempoh diberikan mereka menutup kilang dan memindahkan ke negara lain dan satelah habis tempoh ke negeri itu.. dia datang semula ke Malaysia dengan nama yang lain tapi barang yang sama dikilangkan..
Maka mereka yang tak berfikir dalam soal GST.. kena berfikir lagi termasuklah kena bekerja kuat dan tingkat kemahiran.. Jika tidak Malaysia akan melalui panorama rakyat di bandar besar saperti Jakarta, Bangkok dan Manila..
Sang Kelembai: Jauh perjalanan luas pandangan.. Perjalanan timur dan barat, utara dan selatan sekian lama.. mengajar aku banyak bersyukur.
Bandar Sri Permaisuri
Ogos 17,2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.