Rabu, 29 Julai 2015

Peguam Negara satu jawatan Perkhidmatan Awam yang samataraf dengan Pembantu Am Rendah.


Kemarin sejak di tukarkan jawatan Peguam Negara kepada orang lain.. maka andaian pun datang mencurah-curah, dan ada menyatakan pertukaran atau menggugurkan Abd Ghani Patail menyalahi Perlembagaan. Mana agaknya pakar undang Perlembagaan ini belajar undang-undang?.. pelajar Sains Sosial dan Ilmu Politik yang undang undang bukan mata pelajaran wajib pun tahu apa itu fungsi jawatan Peguam Negara, perlantikan dan memberhentikan seorang Peguam Negara.
Jawatan Peguam Negara adalah jawatan tersendiri dalam senarai Bahagian 10@X Perlembagaan Persekutuan Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam dan tidak termasuk dalam senarai 138 Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Perlantikannya salepas Perkara 144-Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan, Perlembagaan Persekutuan.
Ayat perlantikan Peguam Negara amat mudah.. "Yang Di Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara".. Ini memberi erti Yang Di Pertuan Agong melantik seorang Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri dan begitu juga Perlantikan Ketua Hakim Negara dalan lain-lain Hakim di bawah perkara (1)122B Perlembagaan Persektuuan.
Seorang Hakim yang di lantik di bawah Perkara (1)12B Perlembagaan Persekutuan akan terikat dengan fasal 125-Tempoh Jawatan dan saraan hakim Mahkamah Persekutuan. dan dia hanya boleh diberhentikan di bawah Perkara kecil (3) dalam Fasal yang di atas.
Tetapi bagi seorang Peguam Negara yang dilantik di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.. tidak terikat dengan sebarang Perkara 122B dan pemberhentian dan di pecat melalui Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.
Kata mereka, seorang Peguam Negara jika hendak di berhentikan terikat dengan tertakluk kepada Perkara Kecil 145(5). Pindaan Perlembagaan Akta 885 tahun 1994 - "Orang yang memegang jawatan Peguam Negara sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini hendaklah terus memegang jawatan itu atas terma dan syarat yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini dan tidak boleh di pecat jawatannya kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama saperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan."
Maksud Perkara 145 di bawah Perkara Fasal (6) yang di gunakan oleh pakar undang-undang yang menyatakan pertukaran orang menjadi Peguam Negara adalah menyalahi Perlembagan Persekutuan kerana telah mentafsir secara salah pindaan itu.. Maksud Perkara 145 (6) adalah bagi tujuan menjamin pemegang jawatan di lantik memegang jawatan Peguam Negara masa itu di tahun 1994.. jika hendak di berhentikan atau di pecat maka hendaklah melalui proses perberhentian atau dipecat sebagai seorang hakim. Oleh itu kena di baca semula teks asal Fasal 145 Perlembagaan sebelum pindaannya pada tahun 1994 dalam Akta A885.
Pakar undang-undang mestilah juga membaca semula setiap ayat di bawah Perkara 145 (5) 'Tertakluk kepada Fasal (6). "Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakan jawatannya dan, melainkan dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang di tentukan oleh Yang Di Pertuan Agong".
Maka jika seorang Peguam Negara bukan seorang Jemaah Menteri, seorang Peguam Negara hendalah menerima apa-apa saraan yang di tentukan oleh Yang Di Pertuan Agong, dengan sendiri memberi maksud dan erti Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa diperkenankan dan tidak diperkenankan satelah menerima nasihat Perdan Menteri bagi melantik dan memberhentikan seorang Peguam Negara dengan tidak terikat di bawah Fasal (6)145 Perlembagaan Persekutuan saperti yang di sebut dan hujjah sekarang atau ayat mudah bersetuju di lantikan dan bersetuju di berhentikan seorang Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri dan bukannya atas kapasiti peribadinya selaku Yang Di Pertuan Agung..
Maka akhirnya perlu di baca akan Perkara 132 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan bahawa jawatan Peguam Negara bukan lah satu jawatan yang dikira bukan sebagai jawatan Perkhidmatan Awam saperti tersenarai dalam Fasal 132 (3) (a) (b) (c) (d) dan (e).. Jawatan Peguam Negara adalah jawatan Perkhidmatan Awam yang mana di bawah bidang kuasa Ketua Setiausaha Negara.. Itu sebab Ketua Setiausaha membuat pengumuman soal perlantikan seorang Peguam Negara yang baru... sama saperti yang di lakukan selalu kepad pertukaran mana mana Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan yang lain..
Maka sesiapa pun yang di panggil Penjawat Awam dan dalam senarai Perkhidmatan Awam terikat dengan Pekeliling Perkhidmatan dan Perintah Am termasuk dalan soal perkhidmatan kontrak saperti Peguam Negara adalah sama dengan Pembantu Am Rendah.. tak ada beza kerana membaca dan terikat dengan peraturan yang sama.
Sang Kelembai.. Belajar undang-undang di bawah pokok cherry aja. Senyum2 kambing mendengar ulasan seorang Prof Madya undang-undang yang dikatakan Pakar Perlembagan dalam Astro Awani kemarin.
Bandar Seri Permaisuri
Julai 28.2015..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.