Baca cara betul ya, jangan cepat sangat melatah jika saya berikan pandangan begini..
Tun Dr Mahathir Mohamad betul dalam mengatakan duit BR1M haram. Haram diterima kepada yang tidak layak.. pendapatan mencuckupi untuk hidup, saya pernah mengagihkan BR1M, saya dapati ada yang beralamat di rumah elit, rumah kondo dan aparment yang bernilai ratusan ribu, pakai kereta mewah. Itu agaknya maksudnya haram.. dalam Islam memang sesuatu yang bukan hak kita, menjadi haram diambil.
Begitu juga soal duit BR1M menjadi rasuah.. Juga betul kata Tun jika Kerajaan mengungkit pemberian itu. Macam orang beri sedekahlah.. canang satu dunia akan sedekah yang dia beri. Maka maksud Tun Dr Mahathir Mohamad.. dah bagi BR1M tu.. bagi sahajalah.. Janganlah kaitkan dengan menyokong kepada parti pemerintah, bukankah BR1M itu tanggungjawab sosial pemerintah.. tak ada kena mengena dengan mesti menyokong kerajaan. Insyaallah rakyat Malaysia khasnya orang Melayu ada budaya berterima kasih.. tahulah dia membalas budi itu.
Kepada mereka yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohemad akan kenyataan beliau itu.. cuba belajar menjawab atau membalas serangan secara kreatif.. jangan membabi buta. Cari pendekatan lain memberi penjelasan..
Bandar Sri Permaisuri.
Dis 26, 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.