Khamis, 13 Oktober 2016

MyKmu dan MyJasa media longkang UMNO.

Pagi ini saya hendak menerangkan akan isu dimana kemarahan para pencacai MyKmu dan MyJasa peliharaan ini. Saya ada menulis entri akan perihal cakap mulut yang agak lama berlegar dari mulut ke mulut. Dan kemudian ada dihantar pesan kepada saya akan kisah itu.. Ia itu kisah konon Najib Razak di tampar oleh Rosmah Mansor. Dimana jika di diamkan akan menjadi gossip yang tidak dibetulkan dan diberi penjelasan akan bertambah kesannya kepada personaliti seorang Perdana Menteri dan membawa beban baru merosakan imejnya.
Dalam model komunikasi yang diperkenalkan oleh Harold Lasswel ia itu model paling tua dan lama sebelum datang model lain dalam ilmu komunikasi.. Dimana terdapat 5 (lima) pertanyaan yang perlu ditanyakan dan dijawab proses komunikasi ia itu 1. Who (siapa) 2. Says what (mengatakan apa) 3. In which medium (Dalam media apa) 4. To Whom (kepada siapa) dan 5. What Effect (apa kesannya)
Sebagai seorang pengamal media sosial komuniti dan mempunyai lebih kurang 45 ribu orang pengikut dalam Timeline. Saya mengambil kesempatan isu itu untuk melihat sejauh mana pengetahuan dan ilmu seorang yang pengamal media sosial yang pro UMNO bila menghadapi situasi itu. Maka disini peranan Who-kepada siapa, Saya tujukan setiap orang ahli UMNO dan bukannya kepada pembangkang. Jelas dalam ayat saya dalam entri.. Saya mengatakan saya pun tidak percaya.
Salepas entri saya itu. Maka saya telah memulai satu inisiatif untuk mengeluarkan satu isu yang dari mulut ke mulut kepada bertulis untuk dapat sesiapa diperjelaskan. Benar atau tidak. Dari itu saya telah melakukan apa yang dikatakan ‘says what’, apa saya tulis itu kena difikiran dan diberi jawapan.
Apa saya tulis itu, bukan satu tuduhan dan juga dalam keadaan mengaibkan. Berdasarkan maklumat diberi.. dia berlaku dalam satu majlis taklimat.. Taklimat apa? dan dimana, tidak pula diberi tahu. Hanya satu majlis yang kononnya Perdana Menteri hadir dalam masa jamuan atau waktu makan.
Dalam soal which channel.. sudah pasti dia dalam Timeline facebook saya. Disini kelemahan pengamal media sosial UMNO khasnya MyKmu dan MyJasa sehingga menjadi isu konflik dari hal yang mudah untuk tangkis isu. Maka satu portal atau group media yang sewajar mempunyai kemahiran tinggi dan pembelajaran dalam battle in facebook telah menjadi satu portal atau penulis pencacai taraf longkang yang menyalurkan segala air yang kotor.
Mereka menyerang saya.. kerana saya yang menulis kerana mungkin ada sebab tertentu atau pun ini masanya saya dijadikan babi lemak untuk dipanggang untuk makanan kumpulan mereka.
Perkara keempat adalah perkara terpenting komunikasi dalam ‘batttle in facebook’ ia itu to whom.. kepada siapa yang saya hendak sampai tulisan entri saya. Jawapannya ialah kepada PMO dan media sosial yang pro UMNO dan juga ahli UMNO untuk memberi mereka ruang bagi memberi penjelasan dan penerangan. Dan cara berperang melawan persepsi
Apa terjadi dalam perkara 5 ia itu what effect atau apa kesannya. Kesannya kerana mereka tidak membaca secara betul dan focus kepada saya yang menulis.. Mereka yang terdiri dari ahli UMNO dan kemudian ikut masuk campur MyKmu dan MyJasa. Cara mereka menjawab hanya menyerang saya dan kekal tidak menjawab soalan.. Akhirnya perkara yang fitnah dan tidak betul menjadi saperti betul kerana serangan dan perbuatan mereka dalam MyKmu dan MyJasa itu. Kerana jika tidak betul dan benar kenapa menyerang saya bertali arus. Sepatutnya ialah isunya yang ditangkis bukan penulisnya.
Inilah kelemahan setiap pemain media sosial pro UMNO tetapi tidak boleh disalahkan kerana jika MyKmu dan MyJasa (admin pemikir paling hebat) sendiri mempunya pemikiran air longkang, penuh dengan kotoran. Apa yang hendak diharapkan UMNO menang dalam battle in facebook, jika pemikiran Jenderal dalam mediasosial hanya ringgit..ringgit.. ringgit.
Sebenarnya entri saya itu terlalu mudah di tangkis dan untuk dineutralkan sebagai satu tulisan bagi menyerang pembangkang dan gunakan saya sebagai kambing hitam. Contoh-contoh komen yang patut dibuat adalah saperti berikut.
(1)“Tuan.. kisah yang tuan tulis itu.. adalah satu ciptaan pembangkang, yang mana menyerang Dato Sri Najib Razak tidak berkesan sekarang mereka masuk hal-hal rumah tangga. Dan menulis dan bercakap fitnah adalah 'wajib' kepada mereka, Isu Ini sudah pernah mereka lakukan”.
(2)”Hahaha saya ketawa.. membaca entri Tuan itu, Saya rasa Datin Seri Rosmah Mansor masih siuman dan masih sedar dia seorang Isteri Perdana Menteri.. Tak mungkin dia lakukan.. Ini kerja-kerja gossip kakilima sahaja. Tak boleh pakai maklumat itu tuan.
(3) Saya jika kena tempeleng kat bini.. Tak kuar rumah.. Hebat juga PM kita ya.. salepas kena tempeleng oleh bini.. dia meraikan lagi wartawan itu. Jelas hanya gossip dan cakap kakilima
Atau jika PMO hendak menjawab:
Untuk makluman Dato Zaharin, saya telah menyiasat entri Dato itu.. mengikut record yang ada dalam Bahagian Protokol yang mengaturkan semua majlis Perdana Menteri dan juga KSUS PM yang mengaturkan temujanji Perdana Menteri. Dato Sri Najib Razak tidak ada jadual mengadakan pertemuan atau taklimat dengan wartawan sejak tiga bulan ini dimana-mana samada di Perdana Putra, Sri Perdana dan rumah persendirian. Pejabat Perdana Menteri amat kesal dengan entri Dato itu dan mohon entri itu dikeluarkan dalam entri Dato. Terima kasih.
Entri dan tulisan saya itu hanya satu dry run@perang olok-olok bagaimana menghadapi ‘Battle In Facebook. Dan sesungguhnya saya telah dapat membuktikan bahawa portal MyKmu dan Myjasa dan orang-orang sewaktunya adalah pencacai macam kenser tahap 4.. Jika digunakan mereka sebagai alat komunikasi dan propaganda UMNO.. Saya percaya yang membaca dia sama dia dan syok sendiri, akhirnya merosakan kredibiliti UMNO sendiri..
Itu sebab saya kata.. Saya tahu apa saya buat..
Tidaklah sewajarnya saya hendak menulis perihal Datin Seri Rosmah Mansor yang banyak membantu kewangan aktiviti UMNO Cawangan saya.. boleh dikatakan setiap tahun. Itulah yang saya katakan selalu.. buat forensik dan DNA dahulu. Hubungan saya dengan kedua mereka ia itu Dato Sri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Bagaimana pun saya akan kekal menulis dalam isu-isu politik dan dasar UMNO. Sebagai satu isyarat kepada semua yang berkenaan.
Dengan ini saya memohon maaf kepada kedua mereka yang namanya telah digunakan dalam makmal bagi menguji sejauh mana pegawai dan pembantunya mempertahankan serangan dari musuh.. Nasib baik saya yang menulis.. orang lain. Entahlah.. dengan ini entri itu dideletekan.

MYkmu@mykemut dan sekutunya baca kuliah saya ini.

Bandar Sri Permaisuri
Oktober 13, 2016
9.15 pagi.

Tengku Adnan Tengku MansorAb Rauf YusohYB Ds Shahidan KassimAhmad MaslanRizal Mansor
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.