Selasa, 18 Oktober 2016

Apalikasi Sun Tsu Oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.


Dalam sejarah dunia politik.. ada satu kisah yang UMNO/BN kena mengambil iktibar dari peristiwa itu.. Ia itu penurunan kuasa Presiden Pinochet di Chili. Sekian lama Pinochet berkuasa bukan sahaja sebagai diktator dan juga perasuah sebagai Presiden Chili belasan tahun 1973-1990. Dia kekal sebagai Presiden kerana perpecahan parti pembangkang di Chili yang tidak bersatu.

Bagaimana dia di jatuhkan atau diturunkan sebagai Presiden dengan kekuatan tentera dibelakangnya? Bila parti-parti mengambil apalikasi Sun Tsu: "Hindari pertempuran di medan yang yang terpencil yang hanya dapat membawa keuntungan kecil bagi kedua pihak".

Sabenarnya ini sudah dilakukan oleh Parti yang melawan BN/UMNO dalam tahun 1990 yang menyebabkan Kelantan jatuh ketangan PAS melalui Angkatan Perpaduan Umah yang di sertai oleh Parti Semangat 46 dan PAS.
Asas itulah digunakan oleh Parti lawan BN/UMNO pada tahun 2008 yang berjaya menumbangkan beberapa Kerajaan Negeri dalam kekuasaan BN/UMNO..

Maka hari ini, pihak kuasa tertinggi UMNO cuba memperlecehkan pakatan pembangkang. Mereka masih tidak belajar dengan kekalahan dalam PrU ke 13, walau pun dapat menguasai semula Kedah dan Perak.

Dr Mahathir Mohamed sebagai bukan sahaja bekas Perdana Menteri tetapi juga seorang pembaca dan penulis buku yang tidak boleh diperlecehkan. Apa bila dia kata.. BN/UMNO boleh dikalahkan, BN/UMNO meremehkan dan memandang sepi akan kenyataan itu. Sepatutnya pemikir Strategi BN/UMNO kena memikirkan dan mencari asas mana, sumber mana yang di pakai oleh Dr Mahathir Mohemad sehingga dia seberani itu berkata..

Sumber Dr Mahathir Mohamed adalah ajaran Sun Tsu. Perang kecil yang dikatakan oleh Sun Tsu ialah pertelingkahan sesama parti lawan BN/UMNO. Maka Parti lawan ini.. Apa mazhab pun, samada sosialis, demokratik. fundementalis atau PPBM yang berhaluan Nasionalis Demokratik kena melupakan mazhab masing-masing. Tumpuan dan focus kepada menumbangkan kuasa BN/UMNO.

Theori Sun Tsu itulah digunakan oleh penentang-penentang Pinochet, bila mereka melakukan pakatan 'Commando por el no yang mereka berjuang bersama menumbang Pinochet. Perkara sama juga dilakukan oleh pakatan bersama Parti lawan yang melawan kerajaan yang memerintah.. sama ada di Nikaragua dengan solidiriti "UNO" yang berbagai faham politik, berjaya menumbangkan Sandinis dan juga di Republik Slovakia menurunkan Meciar.

Dari itu siapa pun Pro BN/UMNO yang menulis isu-isu menghentam Parti Lawan BN/UMNO kena berhati-hati. Jangan sampai setiap tulisan dan ceramah akan menjadi 'bomberang' saperti dilakukan oleh Cybertroper BN/UMNO #MyKmu@#MyKemutJanda (milik PMO) yang menyerang saya secara berterusan samaada dalam kumpulan whatsap mereka dan juga#MyJasaTunFaisalpengutipTol(satu agensi kerajaan) yang sepatut memikirkan bagaimana hendak menghadapi Aliansi yang akan diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad.




Saya berperang dan menyerang mereka ia itu MyKmu dan MyJasa pemikir dan perlu dihapuskan dalam media sosial kerana mereka adalah antara penyumbang kekalahan UMNO. Kerana saya telah dapat membuktikan.. bahawa mereka mungkin menggunakan theori Sun Tsu menyerang saya untuk menutup kelemahan mereka yang diberikan dedak tetapi tidak mendatangkan hasil apa-apa selain mengemukkan boss-boss di MyKmu dan MyJasa pemikir dan pencacai yang menyerang saya termasuk#MyPu3GRO merasakan sudah berpuas hati dengan dapat di berikan sisa makan dedak yang mereka tidak memerlukan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.