Khamis, 21 Januari 2016

Kedudukan Mukhriz Mahathir darisegi Undang-undang dan Parti


Ketiga mereka ini pakar undang-undang Perlembagaan, Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz dan Profesor Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed bersama menyatakan bahawa kedudukan Mukhriz Mahadir tertakluk di bawah Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan juga perlu ditentukan berdasarkan sokongan anggota DUN Kedah dan Mukhriz pula berkata "Selagi rakyat Kedah mahukan saya, selagi itulah saya akan terus berkhidmat"..
Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh tiga orang pakar undang-undang itu tetapi dalam amalan politik ada konvensyen yang diterima pakai ia itu seorang Menteri Besar adalah seorang ahli Parti Politik.. yang menentukan kedudukannya ialah Partinya dan bukan DUN dan Rakyat..
Cuba belajar kes YB Ds Shahidan Kassim.. Parti menunjukan dia sebagai Menteri Besar tetapi Raja Pemeritah tidak mahu beliau menjadi Menteri Besar.. akhirnya parti kena akur dengan kehendak Raja Pemerintah dan menerima keputusan Raja Pemerintah untuk orang lain menjadi Menteri Besar.
Begitu juga belajar dengan kes Khaled Ibrahim.. Parti suruh dia meletakan jawatan Menteri Besar.. dia berkubu atas nama rakyat. Akhirnya Parti memecat beliau sebagai ahli Parti yang memerintah.. Nama lain ditunjukan sebagai Menteri Besar tetapi Raja Pemerintah tidak bersetuju, parti berikan dan di tunjukan nama lain selain cadangan rasmi Parti, barulah Raja Pemerintah bersetuju dengan keputusan Parti. Itu namanya konvensyen yang diterima pakai oleh Raja Pemerintah.
Dalam kes Mukhriz Mahathir, beliau telah menerima saperti usul undi tidak percaya dalam Partinya sendiri diperingkat negeri. Usul itu bercantum antara konvensyen dan juga undang-undang lazimnya yang bercorak tradisional. Sejak dahulu berlaku jika antara dua pertembungan.. Bila Raja Pemerintah tidak bersetuju perlantikan seorang Menteri Besar atau berbalah dengan Menteri Besar sedia ada,.. saperti berlaku di Perak.. Antara Sultan Idris dengan Ghazali Jawi.. Antara Sultan Ahmad Shah dengan Rahim Bakar, Sultan Iskandar dengan Othman Saat, Yang Di Pertuan Besar Jaafar dengan Isa Samad dan Sultan Mizan dengan Idris Jusuh.. Pemimpin tertinggi partilah yang menentukan, samada hendak dikekalkan atau ditukar berdasarkan kehendak Raja Pemerintah.. walhal dari segi undang mereka-mereka ini juga perlu di bawa dan dibentangkan ke Dewan Negeri untuk dibuat undi tidak percaya bagi melucutkan jawatannyan. Dan selaku ahli Dewan Negeri.. Raja Pemerintah.. boleh menitahkan DUN bersidang.. kerana kuasanya tidak ada melucutkan jawatan Menteri Besar.
Kesimpulannya tidak timbul akan kuasa DUN atau Raja Pemerintah untuk memberhentikan seorang Menteri Besar jika itu keputusan parti..kecuali ada pertembungan antara majoriti dan minoriti saperti berlaku di Dewan Negeri Perak.
Maka Mukhriz Mahathir jika dia mengaku sebagai ahli Parti yang setia saperti mana yang tertulis Perlembagaan UMNO dan sebagai orang yang bermaruah.. dengan rela hati menawarkan meletakan jawatan sebagai Menteri Besar tetapi kekal sebagai wakil rakyat di DUN Air Hitam.. kerana yang sebenar pilihan rakyat ialah kedudukannya di kawasan Dewan Undangan Negeri dan bukan sebagai seorang Menteri Besar.. kerana jawatan Menteri Besar adalah milik parti.. Jika kepimpinan parti sudah menolak beliau sebagai Menteri Besar.. pandai-pandai bawa diri..
Dalam sejarah UMNO soal rakyat atau anggota parti mempertahankan Menteri Besar sudah banyak berlaku.. Dari zaman Ghafar Baba selaku Ketua Menteri Melaka ditolak oleh rakyat, zaman Ghazali Jawi di tolak oleh Raja Pemerintah.. Zaman Harun Idris ditolak pemimpin tertinggi UMNO.. belum ada sejarahnya Menteri Besar menang dengan sokongan rakyat, jika dia berparti.
Bandar Seri Permaisuri
Januari 21, 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.