Sabtu, 23 Januari 2016

Bersediakah Mukhriz Mahathir menandatangan surat undi tidak percaya atas dirinya sendiri.


Kata bijak pandai undang2 Mukhriz Mahadhir hanya boleh diberhentikan melalui undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri.. Undang2 itu bukan mandotori..
Ini Pengalaman saya, Selepas pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah tahu 1985.. Mula2 ada gabungan dan ada perjanjian antara USNO dan PBS secara bersama melawan Parti Berjaya yang memerintah Sabah. Dalam perjanjian itu jelas bahawa mana-mana kedua parti politik yang menang majoriti akan menjada Ketua Menteri.. Keputusan USNO kurang dari PBS tetapi kerana jika PBS menjadi Ketua Menteri bernama Joseph Pairin Kitingan, sentimen agama dimainkan.. yang manoriti pula mengangkat sumpah jadi Ketua Menteri dan kemudian menjadi majoriti kerana melantik enam DUN dilantik.
Dalam perbincangn saya dengan Datuk Herman Luping yang juga seorang peguam dan kemudian menjadi Peguam Negeri. Saya berhujjah jika diambil tindakan untuk undi tidak percaya memakan masa..lagi pun jika Dewan Undangan sudah bersidang.. enam orang yang dilantik sebagai ahli DUN yang dilantik dalam Perlembagaan Negeri Sabah sudah dianggap sah. Maka saya mencadangkan dipanggil kesemua ahli DUN dari PBS menandatangan surat kepada YDiPertua Negeri untuk memaklumkan bahawa PBS yang telah menang majoriti daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.
Akhirnya YDiPertua Negeri telah membatalkan perlantikan Ketua Menteri dari USNO dan melantik orang yang dinamakan oleh PBS tampa Dewangan Undangan bersidang undi tidak percaya.
Begitu juga dalam isu di Kedah.. Dewan Undangan Negeri tidak perlu untuk mengadakan persidangan undi tidak percaya untuk melucutkan jawatan seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri saperti berlaku kepada Stephen Kalong Ningkan di Sarawak dan Harun Idris di Selangor.
Dalam perjumpaan semalam dari 19 Dun UMNO, 14 orang telah hadir kecuali 3 orang Exco Kerajaan Negeri dan seorang DUN dari kawasan Parlimen Jerlun dan Mukhriz Mahathir sendiri. Dari 22 kerusi BN di Dewan Undangan Negeri.
Khabarnya semalam ada yang menurun tandatangan untuk menyerahkan kepada Presiden Parti menyelesaikan isu undi tidak percaya di peringkat Badan Perhubungan UMNO Negeri. dan jika diaplikasikan kepada Undi Tidak Percaya oleh 14 orang itu termasuk dari MCA kepada Mukhriz Mahathir melalui surat kepada Pemangku Jemaah Raja.. Maka surat itu terpakai sebagai undi tidak percaya walau pun Dewan tidak bersidang dan Pemangku Jemaaah Raja dari segi Perlembagaan Negerinya kena mematuhi kehendak Parti UMNO itu. Pemangku Jemaah Raja hanya boleh menolak kehendak Parti itu sekiranya berlaku jika ada Parti PAS, PKR dan DAP menamakan orang lain dengan menyenaraikan 20 orang Ahli DUN lain menjadi Menteri Besar, kerana Kedah mempunya 36 kerusi. PAS, PKR dan DAP mempunya14 kerusi.
Persoalannya bersediakah lima orang yang tidak hadir perjumpaan di PWTC kemarin menantangan surat untuk menubuhkan kerajaan baru dari Parti PAS, PKR dan DAP termasuk seorang Menteri Besar yang akan kehilangan jawatannya sendiri.
Jika berdasarkan kes pertukaran Menter Besar Trengganu, dimana Majoriti sangat tipis, pihak berkuasa boleh melakukan. Apa sangatlah dengan memberhentikan Menteri Besar Kedah yang khabarnya hanya seorang budak suruhan Setiausaha Politiknya sendiri. ya kata Setpolnya.. ya lah kata dia, tidak kata Setpolnya tidak katanya..
Bdr Sri Permaisuri.
Januari 23, 2015.

Khamis, 21 Januari 2016

Kedudukan Mukhriz Mahathir darisegi Undang-undang dan Parti


Ketiga mereka ini pakar undang-undang Perlembagaan, Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz dan Profesor Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed bersama menyatakan bahawa kedudukan Mukhriz Mahadir tertakluk di bawah Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan juga perlu ditentukan berdasarkan sokongan anggota DUN Kedah dan Mukhriz pula berkata "Selagi rakyat Kedah mahukan saya, selagi itulah saya akan terus berkhidmat"..
Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh tiga orang pakar undang-undang itu tetapi dalam amalan politik ada konvensyen yang diterima pakai ia itu seorang Menteri Besar adalah seorang ahli Parti Politik.. yang menentukan kedudukannya ialah Partinya dan bukan DUN dan Rakyat..
Cuba belajar kes YB Ds Shahidan Kassim.. Parti menunjukan dia sebagai Menteri Besar tetapi Raja Pemeritah tidak mahu beliau menjadi Menteri Besar.. akhirnya parti kena akur dengan kehendak Raja Pemerintah dan menerima keputusan Raja Pemerintah untuk orang lain menjadi Menteri Besar.
Begitu juga belajar dengan kes Khaled Ibrahim.. Parti suruh dia meletakan jawatan Menteri Besar.. dia berkubu atas nama rakyat. Akhirnya Parti memecat beliau sebagai ahli Parti yang memerintah.. Nama lain ditunjukan sebagai Menteri Besar tetapi Raja Pemerintah tidak bersetuju, parti berikan dan di tunjukan nama lain selain cadangan rasmi Parti, barulah Raja Pemerintah bersetuju dengan keputusan Parti. Itu namanya konvensyen yang diterima pakai oleh Raja Pemerintah.
Dalam kes Mukhriz Mahathir, beliau telah menerima saperti usul undi tidak percaya dalam Partinya sendiri diperingkat negeri. Usul itu bercantum antara konvensyen dan juga undang-undang lazimnya yang bercorak tradisional. Sejak dahulu berlaku jika antara dua pertembungan.. Bila Raja Pemerintah tidak bersetuju perlantikan seorang Menteri Besar atau berbalah dengan Menteri Besar sedia ada,.. saperti berlaku di Perak.. Antara Sultan Idris dengan Ghazali Jawi.. Antara Sultan Ahmad Shah dengan Rahim Bakar, Sultan Iskandar dengan Othman Saat, Yang Di Pertuan Besar Jaafar dengan Isa Samad dan Sultan Mizan dengan Idris Jusuh.. Pemimpin tertinggi partilah yang menentukan, samada hendak dikekalkan atau ditukar berdasarkan kehendak Raja Pemerintah.. walhal dari segi undang mereka-mereka ini juga perlu di bawa dan dibentangkan ke Dewan Negeri untuk dibuat undi tidak percaya bagi melucutkan jawatannyan. Dan selaku ahli Dewan Negeri.. Raja Pemerintah.. boleh menitahkan DUN bersidang.. kerana kuasanya tidak ada melucutkan jawatan Menteri Besar.
Kesimpulannya tidak timbul akan kuasa DUN atau Raja Pemerintah untuk memberhentikan seorang Menteri Besar jika itu keputusan parti..kecuali ada pertembungan antara majoriti dan minoriti saperti berlaku di Dewan Negeri Perak.
Maka Mukhriz Mahathir jika dia mengaku sebagai ahli Parti yang setia saperti mana yang tertulis Perlembagaan UMNO dan sebagai orang yang bermaruah.. dengan rela hati menawarkan meletakan jawatan sebagai Menteri Besar tetapi kekal sebagai wakil rakyat di DUN Air Hitam.. kerana yang sebenar pilihan rakyat ialah kedudukannya di kawasan Dewan Undangan Negeri dan bukan sebagai seorang Menteri Besar.. kerana jawatan Menteri Besar adalah milik parti.. Jika kepimpinan parti sudah menolak beliau sebagai Menteri Besar.. pandai-pandai bawa diri..
Dalam sejarah UMNO soal rakyat atau anggota parti mempertahankan Menteri Besar sudah banyak berlaku.. Dari zaman Ghafar Baba selaku Ketua Menteri Melaka ditolak oleh rakyat, zaman Ghazali Jawi di tolak oleh Raja Pemerintah.. Zaman Harun Idris ditolak pemimpin tertinggi UMNO.. belum ada sejarahnya Menteri Besar menang dengan sokongan rakyat, jika dia berparti.
Bandar Seri Permaisuri
Januari 21, 2015.

Jumaat, 1 Januari 2016

Melayu dan UMNO Jangan Kamu Jual

Malam tadi saya tak meraikan perayaan tahun baru, kecuali isteri yang melayan anak remaja saya.  Saya ada dirumah dan tidur awal.

Kenapa? Saya tidak menipu orang atau bersikap haiporit, berpura-pura. Di tulisan saya dalam facebook, saya sampaikan perasaan simpati yang mendalam dengan keadaan rakyat yang menderita dengan kenaikan kos hidup yang tiba-tiba mendadak naik dalam alam kehidupan mereka, tanpa persediaan dan juga bertambah pendapatan.

Bagi mereka yang tidak buat kerja sosial saperti saya, mungkin tidak sampai kelubuk hati penderitaan rakyat ‘kelas rendah’ ini.  Saya pekerja social dan tempat mereka mengadu, samada berjumpa, menalipon dan dalam whatsap. Kesemua meminta pertolongan bukan sahaja kewangan tetapi perkara lain, mohon sewa rumahnya dilepaskan dari di sita.

Kesemua ini berlaku ialah pendapatan mereka lebih rendah dari perbelanjaan hidup. Sama saperti kata pendahulu ibu bapa kita.. besar periuk, besarlah keraknya.. Maka jika saya punya gaji berangka belas ribu pun,  sejumlah 60% dari pendapatan di belanjakan bagi menguruskan kehidupan bulanan. Sewa rumah, bayaran ansuran dua kereta, letrik, air, astro,unifi, pembantu rumah dan bayaran lain, bagaimana yang mempunyai pendapatan bawah RM3ribu sebulan dan tinggal di rumah pangsa?

Itu sebab penderitaan rakyat ini.. menjadikan jiwa saya ‘memberontak’ dan tidak boleh menjadi seorang yang pura-pura kerana penderitaan rakyat ini, saya pernah melalui di zaman saya susah dahulu, tinggal dirumah pangsa membesar tiga anak.  Hanya saya tidak menangis bila ditemui oleh mereka sama ada mengadu atau bercerita akan kesusahannya.

Itu sebab jugalah saya membuat status menegur seorang Ketua UMNO Bahagian yang berselfie atau bersuka ria diluar negeri atas alasan berbulan madu.  Ini bukannya cara seorang pemimpin rakyat, itu pendapat saya. Jika kita tidak boleh membantu rakyat yang kita pimpin, jangan kita sakiti mereka dengan gambar atau photo kemewahan kita. Kerana kesan terlalu kuat untuk rakyat menolak parti dan kerajaan kita. Walau pun itu kita merasakan diri kita berhak untuk berbuat demikian, bercuti dan bergembira diluar negeri.

Tetapi jangan lupa, masa menyiapkan diri untuk menjadi pemimpin belia dahulu, saya diperingatkan bahawa jika saya telah melibatkan dalam aktiviti social dan juga pemimpin belia, politik dan sebagai dalam pertubuhan bukan kerajaan. Kamu sudah jadi dimiliki oleh masyarakat.. setiap gerakan kehidupan milik mereka.. masyarakat yang berada di sekeliling kehidupan kamu.. Maka berjaga dan waspada apa yang kamu hendak lakukan hal-hal persendirian kamu.

Hari ini, khasnya pemimpin politik, menganggap kedudukannya dalam jawatan dalam politik dan juga kerajaan saperti sebagai kejayaan peribadinya dan tidak terikat dengan rakyat dan masyarakat..  Maka dia tidak ambil peduli kelakukan dan perbuatan dikhalayak ramai.

Wahai pemimpin politik.. Misi kita masuk politik ialah untuk bersama menjayakan cita-cita politik untuk kebaikan bersama dan bukannya hanya hanya sagelintir diantara kita.

Sudah banyak Negara tumbang.. baik Negara komunis, demokrasi atau monarki sejak berabad dulu.. Bacalah secara sejarah mereka. Banyak alasan dan sebab diberikan oleh sejarah tetapi kurang yang menulis antara sebab kebangkitan rakyat ialah ‘lifestyle’ atau gaya hidup pembesar dan keluarga  yang berkuasa.


Bagaimana kejatuhan Shah Pahlevi yang mempunyai kekuatan tentera, akhirnya tumbang. Bagaimana Ferdinand Marcos ditumbangkan, sehingga pihak Tentera berpaling tadah. Bagaimana Soeharto, hilang jawatan Presidennya satelah berkuasa sekian tahun lamanya.

Masa saya diberi latihan di Libya pada tahun 1989, dalam siri lawatan kerumah Muamar Ghadafi yang konun menjadi simbol simpati rakyat menganggap Ghadafi sebagai pejuang rakyat Libya..Rumah itu ialah rumah isteri kedua.. dengan katil yang mahal.. dengan pembuka air paipnya di bilik airnya bersalut emas. Saya katakana kepada kawan-kawan saya yang sama kursus.. Jika semua ini terdedah kepada rakyat yang ditipunya.. Ghadafi akan mati di kakilima. Begitulah kesudahannya Muamar Ghadafi dipijak oleh rakyatnya sendiri? Kerana hidup dalam kepuraan menjadi pemimpin rakyat.

Maka kesimpulannya saya menyeru kepada pemimpin UMNO.. simpan sikit kebodohan itu dengan mengumpulkan harta dan kekayaan dengan airmata rakyat. Saya kenal dengan beberapa orang yang berasal saperti saya.. hanya hidup biasa-biasa. Bila masuk politik, pegang jawatan tinggi sikit kemudian hidup berubah.. dan kemudian pandai bercakap soal survival melayu. UMNO dan Melayu hanya alat untuk memuaskan nafsu serakah sahaja.

Itu sebab dalam isu ‘Melayu’  saya tidak mahu melibatkan diri, bukan saya tak sayang bangsa saya.. Kerana sayang yang kadang kala statup yang saya upload dalam fb saperti saya berada di parti pembangkang.

Terserah kepada yang membacanya, yang penting selama 45 tahun saya tidak menjual UMNO dan Melayu untuk kepentingan diri saya.

Januari 1, 2016
Bandar Sri Permaisuri,
Kuala Lumpur.