Isnin, 25 Januari 2010

King Ghaz yang di pinggirkan

Berita pulang menemui tuhannya Tun Dr Mohd Ghazali Shafie atau lebih dikenali dengan nama King Ghaz di zaman puncak selaku Menteri Dalam Negeri, mengurangkan lagi seorang lagi putera bangsa pasca kemerdekaan tanah air yang boleh menceritakan denyut nadi perjuangan kemerdekaan.

Saya merasa bertuah, bukan sahaja dapat berkerja dengannya walau pun hanya sekadar budak pejabat semasa allahyarham menjadi Menteri Penerangan dan kemudian bila saya terlibat dalam UMNO menjadi rakan didalam perjuangan UMNO. Dari seorang boss kepada seorang pemimpin yang sangat saya hurmati sehingga bertukar saperti sebagai adik dengan seorang abang yang banyak dan suka memberikan saya perangsang kedalam politik. Saperti Allahyarham Mohamad Rahmat, King Ghaz adalah juga guru politik saya.

King Ghaz adalah sebutan orang terhadapnya tetapi dikalangan masyarakat politik hanya memanggil beliau sebagai Tan Sri sahaja. Bagaimana pun beliau lebih akrab dipanggil abang dikalangan kawan-kawannya yang lebih muda, ini disebabkan beliau sendiri akan membahasakan diri beliau ‘abang’ jika bercakap dengan orang yang lebih muda darinya.


Semasa di New Delhi minggu lepas, bersama seorang pegawai kedutaan tanpa di tanya saya memberi tahunya bahawa sebelum seorang duta di lantik di India, Tan Sri Ghazali Shafie orang yang pertama menjadi Setiausaha Pertama dan bertindak sebagai Duta. Dan mengikut kisah pegawai itu, bahawa dahulunya kawasan kedutaan yang diberikan oleh kerajaan India terlalu luas tetapi kerana kesilapan dan terlepas pandang beberapa tanah yang tidak di failkan oleh kedutaan telah di ambil semula oleh Kerajaan India.


King Ghaz hanya dikenali nilainya oleh Tun Razak Hussein bukan kerana dia orang Pahang dan kawan semasa kecilnya. Tetapi memang dia ada kebolehan dalam apa sahaja tugas yang diberikan kepadanya. Malangnya King Ghaz kerana Tun Razak Hussein meninggal dunia dan Tun Hussein Onn meletekan jawatan. masa depan politik tidak secerah mana. Akhirnya di pinggirkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah saat kematiannya.

Jika di lihat urutan anugerah Tun yang diberikan kepadanya, beliau adalah yang terakhir dalam senarai sewajar diberikan anugerah yang tertinggi itu lebih awal dari semua orang yang pernah berkhidmat dalam pasca kemerdekaan dan Malaysia, beliau menerima anugerah Tun pada tahun 2005, itu pun dizaman Abdulah Hj Ahmad Perdana Menterinya malah pegawai bawahannya yang bernama Hanif Omar menerima gelaran Tun pada tahun 1993 dan juga Khalil Yaakob pada tahun 2004.


Walau pun Dr Mahathir Mohamad di anggap sebagai negarawan tetapi dia tidak terlepas dari perangai berbalas dendam pada siapa yang di tandannya sebagai musuhnya dan tidak persefahaman dengan fikirannya. Itu satu perangai yang kurang baik Dr Mahathir Mohamad yang di sanjung setengah orang tetapi tidak mengetahui sebalik nilai buruknya.


Kesalahan tidaklah besar sangat tetapi jika mengikut kata King Ghaz bahawa dia mempunyai cukup alasan untuk menangkap Sidek Ghause yang masa itu Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir Mohamed di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Tujuan murni demi keselamatan Negara dan Dr Mahathir Mohamad sendiri tetapi disalah tafsirkan oleh Dr Mahathir Mohamad yang kebetulan akan memegang jawatan Perdana Menteri satelah Dato Hussein Onn meletakan jawatan.

Akhirnya King Ghaz dikeluarkan dari Kementerian Dalam Negeri dan pindah ke Kementerian Luar dan dibesarakan pada tahun 1985. Dan semenjak bersara beliau tidak pernah diberi peluang apa-apa jawatan yang sesuai dari segi pengalaman dan kepakaran malah Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan memperlinya bila melantik Musa Hitam sebagai wakil khas Malaysia di Pertubohan Bangsa-bangsa Bersatu.


Sumbangan King Ghaz terlalu besar didalam pembentukan negera ini. Pengalaman mentadbir dalam masa krisis bukan semua orang menikmatinya, dia bukan Dr Mahathir Mohemad yang membuat krisis untuk tujuan mencari krisis baru bagi melupakan krisis lama. Krisis dizaman King Ghaz adalah krisis diluar jangkaan, zaman konfrontasi, peristiwa 13Mei, kebangkitan PKM, Komunis dalam UMNO dan lain-lain lagi.

King Ghaz akan tetap dikenang sebagai putera bangsa yang berjasa besar. Beliau meletakan namanya sebagai seorang negarawan bukan kerana dia seorang Menteri tetapi seorang rakyat biasa. Dari perkara kecil hanya menukar nama “Majulah sukan kerana sukan” kepada “Majulah sukan untuk negara” adalah ciptaanya yang dilupakan dan tidak digunakan lagi. Hinggalah perkara besar saperti Rukun Negara dan Rukun Tetangga.


Waktu rakyat belum menemui dan mengenal apa itu internet dan rakyat memerlukan penerangan atau informasi, beliaulah yang mengadakan Biro Penerangan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Malah didalam Pasukan Polis bukan sedikit jasanya mengembangkan logistik Polis, dari kereta peronda jenis Alfa sampailah wujudnya unit udara, itu dizamannya permodenan polis bermula.

Betapa pun dia dilupakan dan dipinggirkan oleh Dr Mahathir Mohamad dalam masa dia sehat tetapi secara senyap, banyak juga negara lain menggunakan kepakaran dalam bidangnya. Malah satu perkara yang agaknya tidak banyak diketahui orang bahawa saya pernah bertanya dengannya. Abang tak tulis buku memoir fasal abang? Jawabpan kepada saya terlalu mudah. “Ada zaharin tetapi tak boleh diterbitkan waktu abang hidup kerana nanti orang yang berkenaan akan menjawab dan akhirnya kita bermusuhan. Biarlah buku itu terbit satelah abang meninggal dunia, dan jika dia menjawab, abang tak kisah kerana abang sudah mati”.


Sikit sebanyak saya tahu.. apa yang dia tulis kerana dia pernah bercerita beberapa hal kepada saya. Dia tidak saperti Tok Mat terpaksa memuntahkan perasaan kerana tidak tahan disebabkan masalahan dalam UMNO dan apa yang Dr Mahathir Mohamad lakukan kepadanya tetapi King Ghaz dia adalah seorang yang berlatarkan diplomat.. seorang diplomat yang baik. tidak akan memulakan perang.

Sang Kelembai: Abang (itu panggilan saya kepadanya) bersemadi rohmu di alam baqa sehingga di bangunkan semula. Tugas untuk rakyat dan negera telah abang lakukan, semoga dia menjadi pahala yang dikirakan Allah dalam kebajikan kepada negara ini.. Al-fatiha.

4 ulasan:

  1. Aruah pernah jatuh halicopter terhempas dipahang tapi terselamat..kalau tak silap lah...

    BalasPadam
  2. Assallammualaikum Abang Zaharin, kalau kita nak ceriter pasal dipinggirkan atau pemimpin yng dipinggirkan, atau sudah tidak dikenang lagi jasanya, agaknya sudah menjadi lumrah mana mana parti politik. Kalau dah bersara, maka nama dia pun kita tak nak sebut; kalau dah meninggal; anak beranak dia pun kita tak mahu tahu; Tapi abang inilah realiti kehidupan. Berjasa kepada bangsa, kemudian bersara, kemudian menyendiri kesepian; tanpa ada orang lagi bertanya kabar sihat atau tidak dan tiada pujian atas dirinya lagi. Tapi itu ke budaya Melayu atau lebih tepat adakah ini budaya UMNO alaf baru?

    BalasPadam
  3. salam tuan...terima kasih

    BalasPadam
  4. salam tuan, terima kasih di atas maklumat

    BalasPadam

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.