Isnin, 2009 September 07

Kempen UMNO Melawan Propaganda Pakatan Rakyat



Masalah UMNO selepas pilihanraya umum 2008 ialah soal kempen dan antara sebabnya kekalahan BN pada PrU ke 12 berhubong dengan soal kempen atau juga dipanggil penerangan.
Persoalan besar yang dihadapi oleh UMNO hari ini ialah disebabkan tiga asas penting yang tidak difungsikan sepenuhnya. Perkara tersebut yang pertama ialah organisasi dalam UMNO sendiri, bermula dari Ibu Pejabat UMNO membawalah kepada diperingkat UMNO Cawangan. Dan setiap Pilihanraya, tenaga pertugas disusun oleh UMNO Bahagian. Persoalannya adakah UMNO Bahagian mempunyai satu Standard Operating Procedure-SOP. Yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri atau Ibu Pejabat UMNO?. Jawabpannya tidak.
Maka berlaku pilih kasih dalam menawarkan jawatan dan tanggungjawab jika berlaku PrU atau PrK. Saya tidak membahas isu ini dalam topik perbincangan tetapi saya hendak menjuruskan kepada persoalan cara berkempen dan juga peranan YB Datuk Ahmad Mazlan selaku Ketua Penerangan.
Sepanjang mengikuti cara berkempennya termasuk isu memotong pokok getah. Jelaslah bahawa beliau TIDAK mempunyai latar belakang ilmu komunikasi khasnya komunikasi politik.
Sebenarnya semenjak kira-kira 50tahun yang lalu banyak sarjana ilmuan komunikasi yang masih mempunyai kesimpulan keliru tentang makna kempen. Mereka memikirkan bahawa berkempen melalui media massa hanya memberikan sumbangan yang terlalu kecil dan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pemilih atau pengundi untuk membuat keputusan kepada siapa dia akan menberikan undi kepada calun yang bertanding.
Bahan rujukan mereka bergantung kepada dua artikel atau rencana bagi membuktikan tidak ada efektifnya berkempen dalam satu-satu pilihanraya. Artikel yang pertama bertajuk “Some Reason Why Information Campaigan” yang ditulis oleh Hyan dan Sheatsley pada tahun 1947, dan artikel kedua merupakan laporan Hughes (1950) tentang kegagalan kempen bangsa-bangsa bersatu di Cincinati-Ohio. USA (Grossberg 1998).
Kedua tulisan ini telah menyebabkan semangat para ilmuan untuk belajar dan menerapkan cara berkempen dan sempat juga mengabaikan fenomena berkempen.
Kajian Komunikasi hanya bermula pada tahun 70-an dengan beberapa pertemuan baru dalam soal berkempen di pilihanraya atau sebagainya. Hasilnya pakar-pakar komunikasi telah memperlihatkan satu harapan baru kepada semua pihak termasuk swasta akan potensi perubahan sosial dan prospeknya dalam perkara yang di kempen.
Keberanian ini berkembang bila hasil kajian telah diterbitkan oleh ilmuan komuniki saperti Mendelsohn.(1993) Warner (1977) dan yang terbaharu oleh A.J.Meyer, Nash, McAlister, Maccoby dan Farguhar ditahun 2002. Semua kajian atau laporan tersebut pada perinsipnya menegaskan bahawa sebuah kempen yang dikontruksi atau diperbuat dengan baik akan memberikan efek yang luar biasa terhadap khalayak atau pengundi yang menjadi sasaran. Masa ini kemudian dikenal sebagai era kesuksesan kempen.
Seorang ilmuan komunikasi yang juga Profesor Komunikasi dari Universiti Boston yang bernama Robert E. Simon menegaskan bahawa “bahawa keberhasilan mencapai tujuan kempen banyak ditentukan oleh kemampuan kita dalam merancang, menerapkan dan mengevaluasikan program kempen secara sistemats dan strategis”, Kemampuan semacam itu harus dilandasi oleh pemahaman theori terhadap berbagai dimensi kempen serta kecekapan teknik dalam menerapkannya.
Orang sering mempersamakan kempen dengan propaganda. Hal ini tidak sepenuhnya salah kerana keduanya memang merupakan wujud tindakan komunikasi yang terancang dan sama-sama ditujukan untuk mempengaruhi khalayak atau pengundi.
Sumber kempen selalunya dapat dikenal pasti dan tahu dari mana datangnya sumber itu sebaliknya propaganda lebih suka menyembunyikan identity mereka saperti yang berlaku dalam facebook. Dalam istilah populernya, kempen lebih suka terang-terangan termasuk dalam blog dalam melakukan aktiviti mereka, sementara propaganda lebih senang ‘sembunyi-sembunyi’ atau juga dipanggil ‘penembak curi’
Dan anda dimana dalam facebook ini? Sekian, daripada Sang Kelembai


Sang Kelembai: Akan cuba bantu di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, jika tidak ada peranan akan bersikap saperti di Pilihanraya Kecil Manik Urai dan Permatang Pasir.. tak pergi.

6 ulasan:

daaksaytunk berkata...

jemputan untuk menyedut kartun Bagan Pinang di http://sudutkartunis.blogspot.com/2009/10/kartun-bagan-pinang.html

anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com

Ramli Mohd Yunus berkata...

Saudara Zahrin,

Akan ada lagikah yang mahu mendengar pandangan dan idea idea sampingan orang macam kita ini tuan?

Hubaya hubaya...

musli oli berkata...

salam SK, posting yang amat menarik bersumber pandangan ilmuwan dan wajar paparan ini dijadikan panduan orang-orang UMNO yang kadang-kadang syok sendiri. buat program kerah orang hadir. sasaran tidak tercapai kepada massa. terlalu bergantung kepada media perdana mewar-warkan sesuatu yang secara persepsinya rakyat sudah tidak begitu yakin

BAM AL-HAJ berkata...

Salam sahabatku. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Mnarik sangat analisis sdr. Saya iktiraf sdr sbg "intelektual politik" (raushanfirk)UMNO-Melayu. Memang propaganda adalah sebahagian drp cara berkempen. malanya UMNO sekaran 90% gunakan propaganda, bukan berkempen dalam erti kata sebenarnya. Banyak lagi cara kempen yang tidak digunakan bahkan tidak disedari oleh UMNO. Aku dah tak nampak masa depan UMNO kalau kaedah sekarang terus digunakan! Ada pula pemimpin yang baru naik politik syok sendiri. Orang macam sdr dansaya sudah tidak berguna kepada UMNO.(Menarik untuk dibaca artikel Dr. Asri di MM hari ini). Salam perjuangan - BAM AL-HAJ0126210300

tagskie berkata...

hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

Ramli Mohd Yunus berkata...

tuan,

kalau free layarilah ramli-dap-blogspot.com

marilah kita cuba setuju untuk tidak bersetuju!

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian